Alhamdulillah, kurniaan Allah pada nyawa dan kehidupan. Masih memberi ruang dan peluang untuk menikmati keindahan dan kemakmuran bumi ciptaan Allah Yang Maha Agung ini.
29 telah berlalu, menjangkau 30!!!!
Apa yang ada pada angka? Sekadar menentukan betapa lamanya kita telah hidup, berapa singkatnya pula kita akan dijemput Ilahi ke alam Barzakh sana.
Biar berjuta kisah dan sejarah telah kita tempuhi, itu hanyalah sekadar sebuah kenangan. Yang paling utama ialah bagaimana kita akan tempuhi selepas ini. Bagaimana pula kita akan menggunakan setiap kisah dan sejarah itu dalam ruang dan peluang hidup kita selepas ini.
Semoga Allah memberikan kita kesempatan untuk menjana kebaikan dan menginfakkan sebahagian kemampuan kita pada mereka2 yang memerlukan.....InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment