Saturday, March 14, 2009

Diari : Balik Johor

Alhamdulillah...Sekali lagi aku berpeluang untuk balik ke johor, tanah tumpah darah aku. Betul kata orang, kalau duduk jauh, pastu sesekali balik kg, memang betul2 terasa baliknya. Rasa betul nikmatnya. Walaupun sebenarnya, aku balik ke sini sekadar menjengah rumah yang tiada berpenghuni, tapi aku yakin keberkatan yang Tuhan beri kerana sebuah keikhlasan itu sangat2 bermakna.

Sepanjang beberapa hari ni, aku memang tak sempat nak bukak email atau blog aku nie. Terlalu banyak assignment yang kene hantar sepanjang minggu nie. Minggu ni adalah minggu yang sangat2 meletihkan. Bayangkanlah, satu2 subjek tu kadangkala ada 3 atau 4 tugasan yang perlu disiapkan. Sangat2 meletihkan. Minggu ni sahaja, aku perlu hantar assignment Sekolah & Masyarakat (2 tugasan - group & individu), ICT (2 tugasan - group), Psikologi ( 2 tugasan -group) dan pedagogi (1 tugasan 4 bahagian - group). ini tak campur ngan assignment yang dah hantar (6 tugasan) & yang akan hantar (2 lagi). Dan untuk settlekan semua tugasan2 tu minggu ni, aku 2 hari tak tido malam....huhuhu...

Aku tak pernah buat assignment sebanyak ni. Dulu mase kat UTM pun, hanya beberapa subjek je yang ade tugasan. Itu pun, satu atau dua tugasan ajer. Tapi, kat sini berlambak2 yang kene buat.

Betullah, aku rasekan jadik cikgu nie bukanlah tugas yang mudah. Aku dpt bayangkan, cikgu akan dapat sebanyak inilah keje nyer.....Takperlah, tu semua sebagai ujian dan cabaran serta persediaan sebelum aku melangkah ke dunia perguruan sebenar....

Mase aku tulis blog nie, aku kat johor dah, kat pasir gudang. baru sampai dalam jam 3 pagi. Hehe, sempat lagi bukak blog nie...:))

Aperpun, esok aku akan gerak balik ke kota tinggi, ahad plak aku akan ke rumah sepupu aku, uda mahmud dan ke pontian, g umah ecah...ecah + erwin kawen.....wah, bestnye aku dgr diorang dh nak kawen nie....Ecah + Erwin, selamat pengantin baru....Moga kita jumper kat umah ecah ahad nanti.....

Tuesday, March 10, 2009

Artikel Pilihan : Sosioekonomi Mempengaruhi Masalah Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

Pengenalan

Realiti kehidupan masyarakat Malaysia hari ini, kita dibentukkan oleh jati diri serta budaya yang berkait rapat antara satu sama lain. Dalam proses pembentukkan tersebut berlaku anjakan yang menjadi titik tolak permulaan kepada sesuatu perkara sebelum ianya digunakan untuk membolehkan ianya diserap dalam diri demi membentuk jati diri seseorang. Profesion perguruan merupakan profesion yang paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat serta menjadi golongan terpilih yang menjadi ikon dan model kepada masyarakat dalam menjayakan misi nasional. Oleh yang demikian, menjadi tumpuan utama tugas para pendidik untuk mengenalpasti dan menyoroti setiap langkahan dan jujukan peristiwa yang dialami oleh pelajar-pelajar yang menjadi murid kepada pendidik tersebut agar segala kebajikan pelajar terjaga dengan ungkapan pujian kebaikan dan peka terhadap masalah yang dialami oleh pelajar.

Guru merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan wawasan negara dan berperanan amat penting untuk memastikan nilai nasional dapat disempurnakan. Tidak boleh tidak kita perlu melibatkan diri dalam kancah permasalahan pelajar bukan dari konteks kehidupan peribadi mereka tetapi perlunya dititik beratkan atau ditumpukan kepada permasalahan pelajar ketika mereka berada di dalam bilik darjah. Adalah menjadi keutamaan pendidik untuk melihat keseluruhan ruang lingkup kelas pembelajaran serta personaliti persekitaran yang membentuk dan mempengaruhi keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Selain itu, masyarakat seharusnya tahu dan sedar bahawa tugas pendidikan anak-anak bukan sahaja terletak dibahu guru, tetapi ia juga kepentingan bersama dalam membantu anak-anak muda memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan dalam usaha merealisasikan misi nasional ini. Secara hakikatnya, memanglah kita boleh katakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan faktor utama dalam melahirkan pelajar yang baik dan cemerlang. Kepandaian dan kebijakan pelajar boleh diasah oleh guru yang terlibat dengan memberikan tunjuk ajar melalui kaedah-kaedah yang bagus dan terbaik. Dalam masa yang sama penyelitan unsur-unsur kemahiran, teknikal serta keperibadian membantu membentuk pelajar ke arah pelajar serba boleh dan berkemahiran.

Namun perlu diingat bahawa terdapatnya faktor-faktor luaran yang turut mempengaruhi dan memberikan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada pelajar dan tindakan mereka. Contoh perkara luaran yang boleh memberikan kesan kepada pelajar adalah faktor keluarga, faktor genetik, faktor motivasi, faktor sosiobudaya, faktor sosioekonomi dan beberapa faktor lain yang turut menyumbang faktor gangguan kepada pelajar. Faktor-faktor tersebut pula bukanlah faktor yang berdiri bersendirian tetapi ianya juga ada berkaitan antara satu sama lain dan saling memberikan kesan. Seperti faktor sosioekonomi, ia merupakan faktor yang hanya melibatkan ekonomi sesebuah keluarga pelajar tersbut, tetapi ianya juga boleh dikaitkan dengan faktor latar belakang keluarga dan faktor genetik yang terhasil daripada ibubapa pelajar tersebut. Oleh yang demikian, faktor-faktor luaran seperti ini tidak boleh dikesampingkan dan perlu diberikan perhatian khusus terutamanya dalam memenuhi tuntutan untuk menjadi pendidik.

"ehm, okay ker aku nyer pengenalan nih??? Huhu...malas tol nak wat assignment ni. Nilah assignment untuk aplikasi psikologi pendidikan. Huh, blur tu....:(("

Monday, March 9, 2009

Diari : Takziah Hazli

Petang tadi, tetibe ada member aku call hp. Tapi, aku tak perasan. 2 kali call aku. Rupanya Jufri, member pcm dulu yang call aku. Aku tryla call dia semula.

Rupa2nya ader berita sedih yang nak dia sampaikan kat aku. Mak kepada member aku, Hazli yang sekarang dh jadik tutor kat UTHM, telah kembali ke Rahmatullah malam semalamnya. So, aku pun lepas dpt berita tu trus call hazli dan tanyer citer sebenar dan dia cakap yang mak dia meninggal sebab sakit jantung.

Aperpun, aku harap dia tabah. Banyakkan berdoa dan bacakan ayat2 Quran untuk roh maknya. Semoga roh arwah mak hazli tenang dan aman di alam kubur sane. InsyaAllah.

Al-Fatihah.....

"Tetiba aku teringat 7 tahun yang lalu semasa pemergian Arwah Ayah aku. Pemergiannya sangat memberi kesan dalam kehidupan aku sekeluarga. Aku tidak sempat nak tunjukkan kejayaan aku kepada dia. Sewaktu hari raya, aku memberinya duit raya hasil praktikal aku di Kuala Lumpur semasa Diploma dahulu. Kerana inginkan keberkatan, aku hadiahkan duit raya buat mak dan juga arwah ayah.

Tapi, aku tak sangka yang itulah duit pertama dan itulah duit terakhir yang dia pernah rase dari aku. Aku tak sempat nak balas budinya.

Aku selalu rindu padanya. Tapi, kerinduan itu hanya boleh dikirimkan melalui bacaan2 dan kelakuan yang boleh disedekahkan kepadanya. Mudah2han roh arwah ayah ditempatkan dikalangan orang2 yang solleh, InsyaAllah.

Bagi yang masih ada ibu dan bapa, hargailah mereka sebaiknya sebelum mereka pergi dijemput Ilahi. Tidak akan ada lagi ibu dan bapa selepas ketiadaan mereka."

Agama : 12 Rabiu'l Awal, Hari Nabi Muhammad S.A.W. Diputerakan

Hari ni dah masuk 12 Rabiul Awal tahun 1430 hijriah. Tarikh ni banyak diambil oleh ahli agama sebagai tarikh kelahiran Nabi Muhammad, Rasulullah junjungan umat Islam. Aku tidak arif dalam hal ini, sekadar mengikut kajian dan permuafakatan ulama2 yang menentukan tarikh sebenar kelahiran Baginda S.A.W. Namun, perlu diingat juga bahawa dipercayai bahawa tarikh kelahiran Baginda S.A.W. juga hampir dengan tarikh kematian Baginda S.A.W. Justeru, yang mana harus kita sambut, samada hari kelahiran atau mengingati hari kematian Baginda?

Apapun, walaupun terdapat perbezaan pandangan di antara ulama2 besar, septutnya kita melihat bahawa Rasulullah S.A.W. adalah Rasul akhir zaman dan membawa Islam, dari kegelapan ke cahaya yang terang benderang.Bagindalah Nabi dan Rasul Akhir Zaman. Tidak ada nabi dan rasul lagi selepas Baginda.

Namun, apakah sebenarnya reaksi kita terhadap Kekasih Allah ini yang merupakan pemimpin Terulung umat Islam? Bagaimanakah cara kita mengasihi Baginda? Apakah yang kita lakukan untuk Baginda? Bagaimanakah caranya harus kita lakukan untuk terus mengingati Baginda?

Bukan mudah sebenarnya untuk istiqamah dalam mengingati dan mencintai Baginda. Aku bercakap ni adalah nasihat kepada diri sendiri dan juga sahabat2 lain yang merasakan diri kita terlalu kerdil dalam mengingati dan mencintai Kekasih Allah ini.

Kita terlalu leka dengan nikmat dunia sehinggakan kita jarang sekali untuk berselawat kepada Baginda, mensedekahkan Al-Fatihah buat baginda dan menangis kerana cintakan Kekasih Allah yang Allah cintai ini.

Marilah kita bersama2 untuk duduk dan bertafakur seketika untuk berselawat ke atas Baginda S.A.W. agar kita menjadi Umat Nabi Muhammad yang dicintai oleh Baginda dan mendapat Syafa'at dari Baginda di akhirat kelak.

Berselawatlah sebanyak yang mungkin. Laksanakanlah Suruhan dan perintah Allah dengan mengikut ajaran2 Rasulullah. Jangan kita lalai dan leka untuk mengingati baginda kerana peringatan itulah yang menjadikan kita semakin cinta pada Allah, Rasul dan Agama.

Sunday, March 8, 2009

Berita : Demo anti-PPSMI dihujani gas polis




Punyalah ramai.................


Berkuasakah mereka untuk menentang kehendak rakyat????


Kesesakan yang berlaku.....


Hanya kerana melihat kesanggupan pemimpin pembangkang turun, mereka yang terlibat sanggup menuduh bahawa bantahan ini lebih kepada bersifat politik. Kenapa tak mahu mengaku hakikat yg sebenar????



Inilah pejuang bangsa yang aku kagumi. Beliau tidak hanya membiarkan kedudukannya sebagai sasterawan untuk dipuji dikala senang, tapi berani untuk dihina dikala susah. A Samad said, perjuanganmu adalah suatu pengorbanan yang tidak tolok bandingnya.....

"Bantahan secara rasmi anti PPSMI telah berlansung semalam. Dengan tautan kerana kasih dan sayang akan bangsa melayu, banyak pejuang bahasa sanggup memperjudikan nasib mereka di tangan kerajaan. Mereka berani bersuara mengikut apa yang mereka telah alami dan kaji. Itulah ahli akademik yang bertanggungjawab memperkasakan bahasa dan bangsa melayu.

Wahai kerajaan, dengarlah rintihan mereka yang arif dalam bidang ini. Jangan hanya melihat dari sudut politik semata, tapi lihatlah dari aspek pembangunan sosial dan budaya. Saterawan dan mereka yang anti ppsmi bukan menolak terus bahasa inggeris, tapi mereka mahu bahasa melayu diperkayakan oleh anak bangsanya sendiri.

Lihatlah, berapa ramai rakyat yang telah berjaya dalam profesion masing2 dengan menggunakan bahasa melayu. Ada antaranya sudah menjadi pakar diluar negara. Tidak salah dengan bahasa inggeris, tapi janganlah sampai mengabaikan bahasa melayu itu sendiri. Perkasakan pengajaran bahasa inggeris. Wujudkan pembelajaran yang menarik dalam bahasa inggeris. Latih mereka2 yang benar2 berkebolehan dalam bahasa inggeris untuk menjadikan subjek inggeris itu lebih interaktif dan menarik minat pelajar untuk terus belajar.

Dengarlah alasan dan hujah anti ppsmi ini, jangan hanya menuduh isu ini disebabkan oleh politik semata. Cubalah duduk dikalangan ahli akademik. Hujahan mereka perlu diambil kira.
Jangan menegakkan benang yang basah hanya kerana ingin menjadi jagoan syok sendiri!!!!"

Diari : Sabtu, 8 Mac 2009

Hari ni, aku malas betul nak bercakap. So, aku dok aje dalam bilik. Aku pun tak tau nape. Lebih baik aku tido..hehehe...

Kemudian, dalam kol 11.30 pagi, aku gerak ke klang. Dah janji ngan Zool, member baik aku sbb nak g amik kertas soalan ujian sekolah dia. Kertas soalan tu plak nak digunakan untuk subjek penaksiran pembelajaran. Huhu, banyak sungguh assignment kat sini. Rase cam tak larat jer....

Kitaorg janji jumper kat Jusco Bukit Raja. Tu je kat Klang nie yang aku tau. Tempat len, boleh sesat dibuatnya...wakakaka...

Aku sampai kat Jusco dalam kol 1.10tgh. Kemudiannya, aku pun window shopping dulu sambil renew kad jusco aku. Perkara pertama yang aku dok sibuk tgk adalah baju. Banyak gak yang menarik untuk dibeli. Lagipun, sekarang ni Jusco tgh buat offer. Kasut yang mahal2 tu, bolehlah dapat murah sket. Cantik jugak. Tapi sayangnya, duit elaun xmasuk lagik...huaaaaa

Zool sampai dalam kol 2 lebih. Lame gak aku tunggu. Xperlah, asalkan dia sampai....:)) Dalam dok sibuk tertanya2 nak minum kat maner, ntah datang mane idea cemerlang aku nie....G tgk citer Geng. Ala, cite animasi tuh...Startnya kol 2.30ptg. Ngam2 kitaorg sampai waktu tu.

Tapi, trus tranglah aku katerkan, yang aku mmg sangat2 puas hati tgk citer tuh. Rase tak rugi langsung walaupun habis duit 10 ringgit. Tapi, yang bestnye gak, Zool yang belanja aku. Siap ngan air dan popcorn skali. Hehe...time kasih Zool.

Citer geng upin dan ipin nie memang superb! Aku yakin, kita berkemampuan lebih baik untuk hasilkan filem2 animasi yang boleh setanding ngan animasi luar negara. Walaupun, isu yang diutarakan dalam citer ni tak padat, tapi kalau kita tgk dari segi perjalanan citer tu dah cukup menarik. Lebih2 lagi start dari pengembaraan diorang si upin, ipin, rajoo, lim, badrul, ros dan si opet (si anak berunag) tuh kat dalam hutan dan gua memang sangat2 mendebarkan. Aku rase nak tgk dan tgk lagi ape citer berikutnya.

Kalau nak dinilai, aku boleh bagi A++ dan memang patut tgk pun. Part yang sangat menyentuh perasaan aku ialah mase perpisahan antara opet ngan semua orang. Aku betul2 cam rase nak nangis sebab aku tahu dan boleh selami perasaan dia. Sesungguhnya, memang perit bile berlakunya sebuah perpisahan lebih2 lagi perpisahan tu tidak pernah rela. Sampai skrang, masih terkesan lagi perpisahan yang berlaku itu dalam jiwa aku ni.

"Aperpun,tahniah kepada barisan pelakon dan mereka yang terlibat dalam filem animasi ni. Mudah2, filem camni akan lebih banyak tumbuh. Cuma, mungkin kene disulam dengan fakta dan pengetahuan mase kini."