Tuesday, March 10, 2009

Artikel Pilihan : Sosioekonomi Mempengaruhi Masalah Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

Pengenalan

Realiti kehidupan masyarakat Malaysia hari ini, kita dibentukkan oleh jati diri serta budaya yang berkait rapat antara satu sama lain. Dalam proses pembentukkan tersebut berlaku anjakan yang menjadi titik tolak permulaan kepada sesuatu perkara sebelum ianya digunakan untuk membolehkan ianya diserap dalam diri demi membentuk jati diri seseorang. Profesion perguruan merupakan profesion yang paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat serta menjadi golongan terpilih yang menjadi ikon dan model kepada masyarakat dalam menjayakan misi nasional. Oleh yang demikian, menjadi tumpuan utama tugas para pendidik untuk mengenalpasti dan menyoroti setiap langkahan dan jujukan peristiwa yang dialami oleh pelajar-pelajar yang menjadi murid kepada pendidik tersebut agar segala kebajikan pelajar terjaga dengan ungkapan pujian kebaikan dan peka terhadap masalah yang dialami oleh pelajar.

Guru merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan wawasan negara dan berperanan amat penting untuk memastikan nilai nasional dapat disempurnakan. Tidak boleh tidak kita perlu melibatkan diri dalam kancah permasalahan pelajar bukan dari konteks kehidupan peribadi mereka tetapi perlunya dititik beratkan atau ditumpukan kepada permasalahan pelajar ketika mereka berada di dalam bilik darjah. Adalah menjadi keutamaan pendidik untuk melihat keseluruhan ruang lingkup kelas pembelajaran serta personaliti persekitaran yang membentuk dan mempengaruhi keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Selain itu, masyarakat seharusnya tahu dan sedar bahawa tugas pendidikan anak-anak bukan sahaja terletak dibahu guru, tetapi ia juga kepentingan bersama dalam membantu anak-anak muda memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan dalam usaha merealisasikan misi nasional ini. Secara hakikatnya, memanglah kita boleh katakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan faktor utama dalam melahirkan pelajar yang baik dan cemerlang. Kepandaian dan kebijakan pelajar boleh diasah oleh guru yang terlibat dengan memberikan tunjuk ajar melalui kaedah-kaedah yang bagus dan terbaik. Dalam masa yang sama penyelitan unsur-unsur kemahiran, teknikal serta keperibadian membantu membentuk pelajar ke arah pelajar serba boleh dan berkemahiran.

Namun perlu diingat bahawa terdapatnya faktor-faktor luaran yang turut mempengaruhi dan memberikan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada pelajar dan tindakan mereka. Contoh perkara luaran yang boleh memberikan kesan kepada pelajar adalah faktor keluarga, faktor genetik, faktor motivasi, faktor sosiobudaya, faktor sosioekonomi dan beberapa faktor lain yang turut menyumbang faktor gangguan kepada pelajar. Faktor-faktor tersebut pula bukanlah faktor yang berdiri bersendirian tetapi ianya juga ada berkaitan antara satu sama lain dan saling memberikan kesan. Seperti faktor sosioekonomi, ia merupakan faktor yang hanya melibatkan ekonomi sesebuah keluarga pelajar tersbut, tetapi ianya juga boleh dikaitkan dengan faktor latar belakang keluarga dan faktor genetik yang terhasil daripada ibubapa pelajar tersebut. Oleh yang demikian, faktor-faktor luaran seperti ini tidak boleh dikesampingkan dan perlu diberikan perhatian khusus terutamanya dalam memenuhi tuntutan untuk menjadi pendidik.

"ehm, okay ker aku nyer pengenalan nih??? Huhu...malas tol nak wat assignment ni. Nilah assignment untuk aplikasi psikologi pendidikan. Huh, blur tu....:(("

No comments: