Hari demi hari, aku merasakan semakin letih dan penat. Bukan kerana kerja yang semakin bertimbun, tetapi bebanan tanggungjawab yang semakin menekan aku kebawah. Bebanan itu pula bukanlah suatu yang diminta, tetapi suatu yang dicari.
Tidak mampu aku tarik kembali kerana janji dihati telah terpateri. Tidak mampu aku kesali kerana itu yang aku cari. Tapi, semakin aku mendekati, semakin banyak kecewa yang datang.
Aku ingin biarkan segalanya berlalu tanpa sekelumit pun hadir dihadapanku. Aku ingin biarkan ia dengan dunia sendiri tanpa hadir di duniaku. Aku ingin biarkan tanggungjawab itu terlepas dari pundakku tanpa ia membebankanku. Tapi semua itu semakin menjadikan aku keliru dan buntu. Semakin menjadikan aku tidak menentu. Dan semakin menjadikan aku rindu bertalu-talu.
Tuhan, mengapa ini semua harus berlaku. Setelah sejarah lalu pernah berlaku. Setelah kehidupan aku dahulu membuatkan jatuh semangatku. Tapi, pintu hati tetap mudah terbuka.
Aku kini ingin mencari keriangan yang tak bertepi. Aku kini ingin merasai nikmatnya menjadi guru sejati. Aku kini ingin menghadapi dunia pendidikan tanpa rasa kekesalannya. Aku kini ingin mengecapi kepuasan dalam berbakti.
Tuhan, jangan jatuhkan semangatku. Jauhkanlah segala perkara yang mampu menghancurkan hatiku. Jauhkanlah sesiapapun jua yang bisa membuat aku tidak menentu. Tapi, hadirkanlah mereka2 yang dapat menumpangkan kasih dan rindu buatku selalu......
Hanya kepada Mu aku memohon dan menadah tanganku......:))