Monday, November 2, 2009

Diari : Selamat Menunaikan Ibadah Haji...

SubhanAllah wa Alhamdulillah...
Segala puji hanya milik Allah....
Bertemu lagi aku dengan musim haji pada kali ini...
Cuma bezanya, aku di sini...

Buat semua jemaah2 haji yang sedang dan akan.....
pergi menunaikan haji pada kali ini...
diucapkan selamat pergi dan selamat balik...
semoga diselamatkan Allah...
dan dipermudahkan segala urusan di sana...

Tempuhilah ianya dengan tabah dan sabar...
ujian Tuhan pasti akan datang...

Masjidil Haram di Mekah Al Mukarramah....

Masjid Nabawi Madinah....

Semoga aku diberikan hidayah untuk menjadi tetamu Mu Ya Allah....

Diari : Hujung Minggu....


Kadangkala kita tak dapat mengagak bagaimana Tuhan mahu memberikan rezki kepada kita. Adakah Tuhan memberi secara nyata mahupun tersembunyi. Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui atas apa yang dikurniakan kepada setiap hamba2Nya.

Apapun jua yang telah kita terima adalah suatu rezki dan nikmat yang tidak terhingga nilainya sehinggakan kita pasti tidak mampu untuk membayar apa yang telah Tuhan kurniakan kepada kita.

Selalulah mengucapkan syukur kepada Allah, kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, kita diberikan rezki yang membolehkan kita terus hidup dimuka bumi Allah ini.

Alhamdulillah. segala pujian hanyalah milik Allah......

Sunday, November 1, 2009

Kenangan : Penghargaan.....

Erm, Alhamdulillah...
Mereka masih mengingati aku lagi...

Aperpun, pic kat bwh nie adlh hasil kreativiti dari sorang dari murid aku.
Nama dia Husna(bertudung biru).

Trima kasih sekali lagi.......

4S2 dalam kenangan.....

Pandai tak diorang edit gambar nier???