Saturday, April 11, 2009

Diari : Dah Naik Sem Baru....

Alhamdulillah....hari ni aku dah sampai Klang smule untuk balik ke Tjg Malim hari esok.

Sepanjang cuti seminggu ni, aku tak dapat update sangat blog aku ni, maklumla aku tinggal kat kawasan yang tak kuat signal broadband nie. Dapat pun sekali mase aku g pasir gudang. Tu pun tak lame cume 1 malam jer. Pastu aku dh balik ke kota tinggi smuler...

Takder yang best sangat pun cuti nie. Aku banyak abiskan masa kat rumah kota jer. Aku takder mood sangat2 minggu nie. Tuhan benar2 menguji aku...:((

Jumaat (3hb) : Aku balik kota ngan mak aku

Sabtu (4hb) : Aku sampai kat rumah kota

Sabtu (4hb) malam : Aku g Kulai, sempena majlis perpisahan member aku

Ahad (5hb) : Aku dok umah ajer, buatla aper yang patut

Isnin (6hb) : Aku g bandar kota, beli2 sket....
Isnin (6hb) ptg : Aku ke pasir gudang kejap, dengan hasrat nak g skudai, jumpe member2 aku kat sane...

Selasa (7hb) : Aku batalkan hasrat aku, sebab hilang mood...(banyak sgt sebab dia)..trus balik kota

Rabu (8hb) : kat rumah ajer...

Khamis (9hb) : Aku g bandar jap...

Jumaat (10hb) : Aku g bandar jb (KWSP-buat penama), g pc fair kat persada johor

Sabtu (11hb) : Aku balik ke kl naik bas, sbb mak aku tak balik, dia nak stay kat kota (ader hal)..
Sabtu (11hb) malam : Aku kat umah akak aku kat klang...penat nak balik tjg malim trus...

Ahad (12hb) esok : Aku balik tjg malim

Maafkan aku kwn2, aku mmg cadang nak jumper korang kat jb, tapi ader sebab2 tertentu yang memaksa aku membatalkan hasrat aku nie. Aku sempat jumpe mase hari sabtu tu jer. rasa rindu kat kengkawan sumer......

Tuesday, April 7, 2009

Hati : Mengapa Ini Semua Harus Berlaku

Di persempadan usia ini, memberikan aku sejujuk kisah yang begitu sukar difahami apatah lagi didepani. Jujukan2 itu pula sering membawa aku ke suatu dunia lain yang sering memberontak untuk dilepaskan.

Apakah salah aku sehingga aku menerima tamparan yang begitu nyilu ini? Apakah tiada laluan yang boleh aku tempuh tanpa rasa nyilu di hati?

Kehidupan hari ini harus diteruskan!!!

Kehidupan semalam perlu dilempar jauh2!!!!

Kehidupan yang celaru harus dibakar hidup2!!!!!

Kehidupan hati yang mati, harus ditanam di liangan!!!!!!

Justeru,

Jangan melihat silam..

Jangan simpati pada keadaan...

Jangan berharap pada hati yang mati untuk hidup kembali....

Diari : Sabtu, 4 Mac 2009

Setelah lebih 3 bulan aku meninggalkan panasonic, aku rasakan yang inilah peluang untuk aku merasai saat2 rindu aku ketika bersama kawan2 di PCM dahulu. Bukan mudah untuk merasainya kembali kerana aku dan mereka sudah melalui langkahan berbeza dalam menyusuri kehidupan sendiri.

Buat pengetahuan, majlis yang diadakan adalah majlis perpisahan kepada Tn Hj Hafiz Bin Yaacob, yang aku rasakan antara sahabat aku kat sana. Sungguh, aku tak tahu pun yang dia akan turut mengikut jejak langkah aku dan idani untuk tinggalkan PCM. Aperpun, aku dapat tahu dari orang lain. Takperlah......

Walaupun dijemput, pada awalnya aku rasa segan nak pegi. Tapi, disebabkan aku rasa aku perlu ada di situ, mungkin untuk kali pertama dan mungkin untuk kali terakhir aku untuknya, maka aku tebalkan jugak muka untuk pegi. Aku semata balik awal dari Tjg Malim ke Klang (lepas Isyak) dan terus ke Kota Tinggi (sampai jam 4 pagi). Kemudian, aku penuhi ajakan perpisahan tu semata2 dari Kota Tinggi dan balik semula ke Kota Tinggi dalam jam 11++ malam. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam setengah. Semata......

Alhamdulillah, apa yang telah aku hajati tercapai walaupn sesuatu telah berlaku, namun kenangan tetap kenangan...............