Setelah lebih 3 bulan aku meninggalkan panasonic, aku rasakan yang inilah peluang untuk aku merasai saat2 rindu aku ketika bersama kawan2 di PCM dahulu. Bukan mudah untuk merasainya kembali kerana aku dan mereka sudah melalui langkahan berbeza dalam menyusuri kehidupan sendiri.
Buat pengetahuan, majlis yang diadakan adalah majlis perpisahan kepada Tn Hj Hafiz Bin Yaacob, yang aku rasakan antara sahabat aku kat sana. Sungguh, aku tak tahu pun yang dia akan turut mengikut jejak langkah aku dan idani untuk tinggalkan PCM. Aperpun, aku dapat tahu dari orang lain. Takperlah......
Walaupun dijemput, pada awalnya aku rasa segan nak pegi. Tapi, disebabkan aku rasa aku perlu ada di situ, mungkin untuk kali pertama dan mungkin untuk kali terakhir aku untuknya, maka aku tebalkan jugak muka untuk pegi. Aku semata balik awal dari Tjg Malim ke Klang (lepas Isyak) dan terus ke Kota Tinggi (sampai jam 4 pagi). Kemudian, aku penuhi ajakan perpisahan tu semata2 dari Kota Tinggi dan balik semula ke Kota Tinggi dalam jam 11++ malam. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam setengah. Semata......
Alhamdulillah, apa yang telah aku hajati tercapai walaupn sesuatu telah berlaku, namun kenangan tetap kenangan...............
No comments:
Post a Comment