Dalam kehidupan ini, kita mempunyai kawan yang kadangkala sangat kita percaya. Segala suka dan duka, kita tempuhi bersama. Pertolongan diberikan dengan seikhlas hati. Hanya kerana kita yakin dan percaya bahawa mengasihi dan mencintai kawan kerana Allah adalah sangat mulia di sisi-Nya.
Kadangkala juga kita dipertemukan Allah dengan kawan yang hanya memerlukan kita atas sebab2 tertentu. Datang mendekat masa kita senang, tapi menjauh pabila kita terasa susah.
Apakah ini memang lumrah yang Tuhan telah ciptakan untuk makhluk menghadapinya? Atau ini adalah satu sikap ciptaan manusia sendiri yang leka dan lalai dalam memahami hati dan perasaan orang lain.
Percayalah, jangan terlalu berbuat baik dengan orang lain tanpa memikirkan tentang hak dan kepentingan kita sendiri kerana tidak semua orang akan mempunyai jiwa dan hati seperti kita.
Berbaiklah sekadar adanya, sekadar memenuhi tuntutan bersahabat dalam agama dan jangan berlebihan kerana mungkin ia akan menjadi barah yang amat berbisa untuk kita.
Aku sangat bersyukur kpd Tuhan kerana rupanya....kesakitan yang telah aku alami, menjeruk perasaan dan menghakis kasih sayang telah memberikan aku sedikit kekuatan untuk berhadapan dengan persahabatan. Dan satu perkara yang telah aku pelajari ialah, aku tidak akan menyayangi apa pun jua dengan sepenuh hati. Kerana pabila tiba saat dan ketika, di mana kita tidak diperlukan dan terasa dikhianati, hati kita akan sakit dan terlalu pedih untuk menerimanya. Cukuplah sekadar adanya......
Mudah2han, peristiwa semalam menjadikan aku lebih kuat dan tabah. Dan mudah2han begitu juga bagi mak.....