Monday, August 27, 2012

Hati : Kerinduan......

Kerinduan sering menjadikan kita hidup tak keruan. Seolah2 ingin saja kita peluk dan genggam erat2 kerinduan itu tanpa melepaskannya.

Tapi, hakikat hidup sebenar jarang sekali mengizinkan kerinduan itu dapat menjadi realiti. Hanya kerana kerinduan itu mampu hidup di alam fantasi.

Kadangkala sangat penat kita merindu. Ibarat si pungguk rindukan bulan. Bulan yang tak pernah melihat dan memandang ke arah pungguk yang sendirian menanti dan terus menanti. Berbunyi macammana pun si pungguk, bulan takkan mendengar....

Begitulah kehidupan kita. Selagi kita belum berjumpa dengan cinta sejati, selagi itulah kerinduan itu takkan terubat. Mungkin ia mampu diredakan seketika, tetapi ianya takkan hilang seluruhnya.
 
Namun percayalah, Rindu itu Tuhan yang beri, Walau sekadar di alam fantasi, Kerana Tuhan Maha Mengerti, Yang terbaik hiburan hati......
 
Bersangka baiklah dengan Allah.....

Motivasi : Luahkanlah.....

Berdiam dan menyimpan di sudut hati setiap perkara yang berlaku mungkin bukanlah jalan terbaik, tetapi ia mampu mengurangkan kelemahan dan perselisihan yang boleh berlaku.
 
Tetapi, apabila ianya disimpan dalam tempoh yang terlalu lama, ia boleh menjadi lebih merbahaya dan menjadikan sifat dan sikap peribadi berubah.
 
Ada antara kita yang berkongsi setiap perkara yang berlaku dengan orang2 disekeliling, tetapi ramai juga yang hanya menyimpan dan memendam rasa sendirian.
 
Apabila kita mampu bercerita dengan orang lain, sekurang2nya kita mengurangkan tekanan yang ada dalam diri kita sedikit. Pasti lega apabila selesai bercerita. Mungkin mampu mengukirkan senyuman barang seketika.
 
Tapi, andai ianya disimpan dan dipendam menjeruk rasa, lama kelamaan, ianya akan menjadi rosak dan meletakkan semakin banyak sifat negatif dalam diri.
 
Belajarlah untuk bercerita, atau belajarlah untuk meluahkan apa yang ada. Jangan dipendam dan jangan menjeruk rasa.
 
Andai tak mampu bercerita pada orang lain, cukuplah dengan meluahkan....mungkin dengan melukis, menulis atau bersukan. Yang paling baik ialah meluahkan segalanya pada Allah, kerana Dia Maha Mendengar......