Monday, August 27, 2012

Motivasi : Luahkanlah.....

Berdiam dan menyimpan di sudut hati setiap perkara yang berlaku mungkin bukanlah jalan terbaik, tetapi ia mampu mengurangkan kelemahan dan perselisihan yang boleh berlaku.
 
Tetapi, apabila ianya disimpan dalam tempoh yang terlalu lama, ia boleh menjadi lebih merbahaya dan menjadikan sifat dan sikap peribadi berubah.
 
Ada antara kita yang berkongsi setiap perkara yang berlaku dengan orang2 disekeliling, tetapi ramai juga yang hanya menyimpan dan memendam rasa sendirian.
 
Apabila kita mampu bercerita dengan orang lain, sekurang2nya kita mengurangkan tekanan yang ada dalam diri kita sedikit. Pasti lega apabila selesai bercerita. Mungkin mampu mengukirkan senyuman barang seketika.
 
Tapi, andai ianya disimpan dan dipendam menjeruk rasa, lama kelamaan, ianya akan menjadi rosak dan meletakkan semakin banyak sifat negatif dalam diri.
 
Belajarlah untuk bercerita, atau belajarlah untuk meluahkan apa yang ada. Jangan dipendam dan jangan menjeruk rasa.
 
Andai tak mampu bercerita pada orang lain, cukuplah dengan meluahkan....mungkin dengan melukis, menulis atau bersukan. Yang paling baik ialah meluahkan segalanya pada Allah, kerana Dia Maha Mendengar......

No comments: