Saturday, September 5, 2009

Agama : Ramadhan.....

Alhamdulillah, hari ni dah masuk separuh bulan di bulan Ramadhan. Tinggal 2 hari saja lagi kita nak sambut Hari Nuzul Al-Quran (17 Ramadhan).

Setakat ini, sejauh mana amalan yang telah kita lakukan disepanjang bulan ramadhan ini? Apakah kita hanya berpuasa sedangkan amalan2 lain tidak kita kejar sesungguhnya?

Kita manusia biasa yang ada sifat malas dan bertangguh. Walaupun Tuhan telah janjikan bahawa amalan disepanjang Ramadhan ini sangat disukai oleh-NYA serta mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

Namun, apakah amalan yang kita lakukan disepanjang Ramadhan ini mampu bertahan sehingga bulan2 biasa nanti? Adakah segala2nya akan terhenti sehinggalah tiba Ramadhan yang akan datang?

Sekali lagi, inilah budaya yang diterapkan oleh masyarakat kita. Hanya mengejar manfaat dan kelebihan yang dijanjikan pada waktu2 tertentu sedangkan kita sedar atau tidak, adakah kita ikhlas untuk melakukan semua amalan itu HANYA KERANA ALLAH atau kita mengejar ganjarannya sahaja????

Duduk dan renungkanlah. Kejarlah amalan yang dijanjikan oleh Tuhan disepanjang Ramadhan ini, namun janganlah kita lupa untuk beristiqamah dalam bulan2 seterusnya....InsyaAllah....

Hati, Puisi : Pasrah.....

Hari demi hari yang berlalu
Telah membawa aku ke suatu penjuru
Yang tepu dan lesu

Penjuru itu semakin sempit
Dari asakan yang mendatang
Dada terus terasa dihimpit
Dalam nafas yang berkurang

Perlukah aku terus meniti
Sedangkan aku terlanjur ada di sini
Perlukah aku terus mencari
Sedangkan hati terlanjur bererti

Berkata itu mudah
Dikota itu indah
Perit itu berdarah
Hanya bertemankan pasrah......

Thursday, September 3, 2009

Diari : Praktikum....

Salam Ukhuwah saudara2 ku...

Ehm, dah lama rasanya aku tak updated blog Sang Merpati Putih nie. Bukan aku tak mau, tapi sbnrnya byk perkara yg berlaku skrg nie.

Bukan mudah jln yg aku lalui skrg. Terlalu byk perkara yg menjadikn aku terhenti seketika.

Biarlah....

Aku mula kumpul smula kekuatn aku di sini.

Dan aku akan bermula sekali lagi....

Mungkin ada dan mungkin takder diari praktikum aku spt biasa. Akn aku letakkan hanya dibwh 'DIARI'...................