Saturday, January 17, 2009

Berita : 280 pelajar DPLI kini terdesak apabila tajaan ditarik balik

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my

PETALING JAYA - Ada antara mereka sanggup berhenti kerja bergaji besar semata-mata mahu mengejar impian menjadi guru setelah menerima tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Bagaimanapun, selepas dua minggu mengikuti kelas, 280 pelajar DPLI sesi kemasukan Januari 2009 itu kecewa apabila dimaklumkan Kementerian Pelajaran membatalkan tajaan berjumlah hampir RM21,000 seorang secara tiba-tiba.

Lebih membuatkan pelajar pelbagai pengkhususan sesi Januari 2009 itu berang ialah surat pemberitahuan pembatalan itu dimaklumkan hanya menerusi satu kiriman e-mel.
"E-mel daripada Kementerian Pelajaran diterima oleh pihak fakulti pada 13 Januari lalu dan kami jadi panik sebab ramai bergantung pada wang tajaan itu untuk belajar,'' kata jurucakap kumpulan pelajar itu, Muhammad Nizam Che Hasan pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Muhammad Nizam, mereka yang terlibat bukan datang dari sebuah universiti sahaja tetapi melibatkan hampir keseluruhan institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Antara IPTA yang terbabit ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Kata Muhammad Nizam, kemarahan mereka ada asasnya kerana kesemuanya telah menjalani proses kelayakan termasuk temu duga malah surat tawaran penajaan program khas DPLI diterima pada 15 Disember lalu.

"Sebenarnya, mmg ketakutan bagi aku dan kawan2 yang menyambung pelajaran dalam bidang Diploma Pendidikan (DPLI) ini. Bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main tentang perkara atau issue besar seperti ini.

Meninggalkan pekerjaan yang boleh dikatakan selesa demi memenuhi cita2 dan impian untuk menjadi guru yang menyumbangkan bakti kpd masyarakat setelah mendapat tawaran tetapi tiba2 tawaran itu ditarik semula. Semua pekerjaan telah dilepaskan dan kini tiada lagi sumber rezki melainkan duit elaun dan tajaan yang diberikan oleh KPM.Tidakkah mereka yang berkaitan terfikir tentang issue ini?

Sebenarnya, aku takder kaitan dengan issue yang membabitkan pelajar DPLI kene buang atau ditarik semula tajaan dari KPM. Yang terlibat hanyala mereka2 yang meraikan konvokesyen dan graduate tahun 2008 sahaja. UPSI ada tersenarai 82 org dari 200++.

Masalahnya bukanlah berpunca dari pelajar tetapi dari kementerian sendiri. Pada aku, sebenarnya terdapatnya konflik antara kementerian pelajaran malaysia (KPM) dan kementerian pengajian tinggi malaysia (KPT) dalam issue ini. Memangla syarat awal permohonan mestila telah graduate tahun 2007 dan sebelumnya. Tapi, mengapa tidak berlakunya tapisan sebelum membuat sebarang tawaran kepada pelajar2 DPLI sekarang?

Setahu aku, permintaan untuk guru KPLI dan DPLI adalah tinggi. Tapi, ia tidak dpt dipenuhi sepenuhnya. Maka, kementerian perlu mengambil plajar2 lulusan 2008 untuk turut mengikuti DPLI ini. Itu pun masih jauh untuk mencukupi dari permintaan. Bagi mereka2 yang mengikuti KPLI, pasti tiada masalah kerana KPLI mmg bwh KPM dan KPM tutup sebelah mate. Berbeza dengan DPLI yang sebenarnya bwh KPT, tapi dpt tajaan dari KPM.

Oleh itu, KPM tak mahu sign utk luluskan tajaan kpd pelajar2 DPLI ini. That's whylah jadik issue plajar2 DPLI ini kene buang. Tapi, setahu aku, di UPSI ini, mereka tgh fight lg untuk jage budak2 DPLI. Sbb kalo dh kene buang, mmg tinggal separuh ajerlah......Dan info yang aku dpt, DPLI diberi 2 pilihan samada kluar sekarang tp, masuk bulan 7 nanti dan akan dpt tajaan KPM. Atau truskan blajar tapi kene guna duit sendiri serta susah nak dpt posting.

So, dlm hal nie, aku rasekan plajar2 DPLI mmg teraniaya dan perlu pembelaan! Kalau KPM tak mo taja, KPT tajalah....bukan susah sgt pun.!!!!!

Ehm, syukurlah aku tiada ape masalah......"

Diari : Tonton Citer Sifu & Tongga

Ehm, malam nie aku rase nak citer pasal satu citer yang blom kuar dipawagam, tapi dh dipertontonkan di kampus aku sekarang.

Dalam minggu pertama selepas orientasi aku kat UPSI ini, aku terserempak dengan tempat penjualan tiket dari jabatan kebajikan UPSI. Dari jauh aku terpandang satu poster yang aku rase cam menarik. So, aku pun datangla dekat sket sambil tgk2....

Yang aku tau, ader filem terbaru Sifu & Tongga arahan Razak Mohaideen. Seorang pengarah yang mempunyai identiti yang tersendiri. Lakonan utama Apek dan nabil. Aku layan jer citer2 yang boleh dilayan...hehehe

Filem ni sepatutnya ditayangkan kat pawagam pada 29 januari 2009. Tapi, UPSI dpt hak penyiaran eksklusif utk plajar2 UPSI. Harga tiket RM5 sebab digelar tayangan amal. So, satu usaha yang baik untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan. Cuma, aku terfikir, adakah yang menguruskannya atau pihak production sendiri betul2 jujur? Ehm, same2lah kiter fikirkan.

So, hari ni 16 januari 2009 adlh masa tayangan. Ada 2 slot penayangan iaitu kol 8mlm dan kol 10mlm. Aku dtg awal sket dan masuk slot yang kol 8 tuh....

Citer dia macam ni. Ada satu kaum asli yang tinggal kat hutan. Diorang ni betul2 asli dgn berpakaian cam org asli yang blom naik taraf lagi. Diorang idup dengan kelompok diorang ajer. Sampailah satu mase, ade seorang editor akhbar sinar, tammy dan konco2 nyer pergi ker kawasan perkampungan org asli tu tadi dan culik sorang gadis kaum tu, Mila. Tujuannya nak jadikan satu issue spy akhbar sinar jadik popular.

Si Sifu dan Tongga dpt tau yang Mila kene culik. Mila ni kekasih hati Sifu. So, mereka berdua pun ditugaskn utk carik mila smule. Dlm pencarian tu byklah adegan2 yang lucu, slapstik dan confius. Akhirnya, Mila dpt diselamatkan oleh mereka berdua dan akhirnya mereka dpt kembali ke gua, tempat mereka tinggal. Mase pengakhiran tu, aderlah jugak serangan yang dibuat o kumpuln editor td sbb Mila dh terlepas dr tangan mereka. Mereka serang kg orng asli tu. Tp, mereka kalah akhirnya.

"Secara ringkasny, aku dpt simpulkn yang citer ni bukanlah yg terbaik yng Razak Mohaideen penah buat. Cuma, aku tertanya2, ape sebenarnya mesej yg dia nak bagi.....Sekadar lakonan yang tiada mesej, takkan beri kesan pd penonton. Tapi, aku still puji sket ar, ttp ader babak2 yang betul2 lucu. Sampai aku pun dok sibuk gelak. Tapi, takder ar byk sgt gelaknya....

Aperpun, aku dh tgk citer tu. Kalo sesape yg nak tgk, terpulangla, cume aku takkan promote sbb citer dia bukan kelas A. Faham2lah......."

Thursday, January 15, 2009

Falsafah : Agama

“Ingatlah Allah ketika kamu dalam keadaan senang supaya Dia mengingati engkau di waktu engkau susah” - Maksud Al-hadith

Wednesday, January 14, 2009

Lirik : Berhenti Berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita
Haa…Haa…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku

Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Hati : Rinduku Pada Yang Tak Sudi

Hidup ini hanyalah sebuah pementasan yang menjadi lakonan pada pentas kehidupan. Seringkali ia menjanjikan sebuah panorama yang indah, namun ia tidak ubah seperti debu2 yang berterbangan di udara. Sekadar melintas di angin lalu.

Maaf, post kali ini aku tidak dpt lari dari perasaan seperti ini. Aku biarkan ianya hidup dengan kejiwaan seperti itu. Penat rasanya untuk menongkah arus yang terlalu deras. Sesekali ingin juga aku turuti arus itu walau aku tahu payah yang akan menjelma.

Namun, apalah daya aku yang kerdil ini. Tidak dapat tidak, aku pasti mengharunginya dengan penuh pancaroba. Pemergian aku hanyalah sebuah pentasan yang dicarik luka didalamnya namun dihiasi dengan senyum tawa diluarnya. Apalah daya ini untuk menafikan suatu yang benar. Tapi, kebenaran itu bersembunyi di sebalik hakikat.

Hakikat pula merempuh ketenangan dan kedamaian yang tercipta di sebalik luka lama. Ketenangan dan kedamaian meriuh lalu menjauh. Keriuhan itu gagal menghalang kesantunan akal dan budi untuk berbicara. Akhirnya, naluri bermaharajalela.

Hakikatnya, sejarah itu telah aku tinggalkan. Kini sejarah itu bukan lagi padu tapi sekadar menyelit dicelah rindu. Tapi, apakah rindu itu dinikmati, atau ia sekadar rindu pada yang tak sudi........

Menjauhlah rindu. Kelak kau akan sakit dimamah waktu.
Pergilah rindu. Tempatmu bukan disitu.
Jangan biarkan aku memburu rindu hanya pada debu.....

Diari : Rumah Terbuka Rayer.....

Hari raya hari tu, aku ader wat rumah terbuka. Walaupun takder ah terbuka mane sangat pun. Just suka2 kumpul member2 ngan orang2 yang kuarga kitaorg kenal jer....

Aku sebenarnya nak meraikan kwn2 aku. Aku cam dah jangkakan, mungkin ni adlh tahun terakhir aku beraya ngan member2 PCM aku. Sorry member, aku tak penah ckp kat korang. Tapi, gerak hati aku mmg ckp camtuh.....So, walaupun aku rase mmg ramai akan wat umah terbuka dan jauh lak tu korang nak dtg, tapi aku ttp nak wat jugak.

Bagi yang datang, najib, nik, raup, suzie, glo, dila, maya, esma, kak normah serta pasangan bahagia ecah+erwin, thanks datang umah aku. Tak luper gak kat usop ngan nazrey walau xder dalam gambar. Sudi gak korang g walaupun jauh.....thanks bebanyak.

Sebenornye, ader 3 fasa majlis perpisahan aku nie, korang jer yang tak prasan. First, umah terbuka. Kedua, kat kedai nasik lemak kat tmn sutera (aku x ingat name kedai) dan ketiga kat damai village yang terakhir hari tu.....Aperpun, time kasih sumer....walaupun tak sumer join, tapi oklah.....

Bergambar kat anjung umah aku........rindunyer kat rumah Kota....InsyaAllah, chinese new year ni nak balik.....:))
" Kerinduan yang terbina sukar difahami oleh orang lain dek kerana bahasa yang terkias. Namun, biarlah kesudian menghargai itu lebih difahami melalui transmisi kasih dan sayang yang menjelma di dalam hati yang ikhlas........Terima kasih atas segalanya."

Tuesday, January 13, 2009

Motivasi : Hensem???

Hari ini aku belom ader lagi isu yang menarik. Cuma aku rasa cam nak tulis sesuatu tentang perkara yang berlaku pagi tadi.(actually, bukanla pagi maner, dh tengahhari gak...hehehe)


Kelas mula jam 9 pagi. Kelas teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Terlambat sikit masuk kelas sebab tunggu bas nak ke Tmn Bernam lambat sampai. Sib baik bukan aku sorang jer....ramai lagi member kelas yang terlewat....Cik Fadhlina, jangan marah yer....hehehe


Sebenarnye bukan tu aku nak citer. Ader lagi lepas tu....


Habis jer kelas, aku ngan azlan dan ustaz din ke balai polis tjg malim. Nak mintak pengesahan dari Sarjan Mejar untuk jadik saksi bagi perubatan atau pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sarjan Mejar pun tak byk songeh, trus jer sign form kitaorg.

Azlan dan Ustaz Din berasal dari Sarawak. Cuma aku jer dari Johor. Ada satu ayat yang sarjan mejar tu cakap, eh, hensem2 jugak org sarawak ni ye. Kemudian dia tengok aku dan rase serba salah samada dia nak ckp utk aku jugak ke tidak. hahaha.

Aku tak kisah sebenarnya. Aku tahu kekurangan diri sendiri dan dah lama aku terima atas kekurangan ini. Aku suka muhasabah diri sendiri dan bermeditasi. Ini adalah yang terbaik yang Tuhan beri untuk aku. Aku redha dan ikhlas terima.

Semua yang Tuhan beri ada hikmah disebalik segala2nya. Mungkin kalau aku hensem, aku bukanlah Fauzi yang orang kenali spt hari ini. Mungkin kalau aku hensem, bukanlah bidang ini yang aku pilih. Mungkin kalau aku hensem, sesuatu yang lain mungkin berlaku. Siapa tahu, kan?

Biarlah aku seperti ini. Inipun dah cukup hensem bagi aku, sempurna tubuh badan dan pancaindera serta hati budi walaupun fizikal aku kurang dari orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jadiklah diri sendiri dan jangan impikan untk mjadi orang lain. Apa yang ada pada kita adlh yng terbaik. Cuma, perbaikilah kelemahan agar semua org dpt menerima dan menyayangi kita seadanya.

Monday, January 12, 2009

Berita : Israel guna bom kimia

Tentera darat, kereta-kereta kebal Israel mara semakin jauh ke dalam Genting Gaza menuju ke bandar utama, memaksa penduduk awam Palestin yang panik melarikan diri.

Lebih 27 lagi rakyat Palestin terbunuh termasuk terkena bom mengandungi fosforus putih yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.

Human Rights Watch (HRW) bimbang penggunaan bom kimia itu boleh mengakibatkan kesengsaraan lebih dahsyat kepada orang awam Palestin.

" Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui......Berikanlah kekuatan kepada saudara kami di Palestin untuk bangkit dan melakukan Intifada. Datangkanlah kekuatanMu dan bantuilah mereka dari mana2 kekuatan yang Kau berkati dan Redhai. Turunkanlah Tentera2 malaikatMu untuk membantu saudara kami di Palestin memerangi Kafir Yahudi Israel yang tak berperikemanusiaan itu. Hancur musnahkanlah jiwa, harta benda dan keluarga Yahudi Israel agar mereka tahu Kekuasaan dan KekuatanMu Tuhan. Kami merintih dan merayu, bantuilah saudara kami di palestin yang seagama dengan kami. Sesungguhnya, janjiMu adalah benar. Satukanlah hati2 kami umat Islam agar turut bangkit membantu saudara kami yang berada dipalestin.....Amin"

Diari : Farewell Party For Me (ITS DECT's Team)

Party perpisahan untuk aku, dari team ITS dan DECT. Thanks, buat gak korang untuk aku. Time kasih, tie tu pn aku dh guner.....ni sumer gambar2 mase mlm tu.....cume, aku kecik atie jer, bos takder......huhuhuhu....

Bos dtg kejap jer, nak balik dh.....


Team DR...aku ngan Chia...ekekeke


Bergambar dengan bakal2 bos besar...hehehehe


Team senior ITS......ekekeke...perasan ar aku....yang senior yang blakang tu ajer....aku ni biase2 jer.....:))


Hah...carik ar aku kat ner....


Huaaaa...rindunye..........kat makanan tue....wakakaka....


Menyanyi ker beri ucapan?.....sib baik takder mic.....kalo tak, aku nyanyi lagu anuar zain-perpisahan...ekeke


Hadiah dari korang....tali leher.....thanks sumer......


Tolong.....aku dibuli...wakakaka....

Gambar terakhir aku ngan Team ITS & DECT......

Aku amik berkat budak2 yang dh kawen nih......:))
Tolong!!!!!!!!.....hehehe...perbezaan 3 warna kulit....huhuhu
"Pengalaman lalu sering mengajar aku untuk menjadi diri sendiri walaupun kita sedar bahawa bukan semua pengalaman itu memberikan kenangan manis, tapi kita terpaksa akur bahawa pengalaman itulah guru yang paling berharga untuk kita. Terima kasih kerana menghargai aku di ketika aku berada bersama kalian. Terima kasih atas ruang kesempatan yang diberi. Aku akan sentiasa mengenangnya walau terpaksa pergi jauh dari bumi bertuah ini"

Diari : Hari Perpisahan Di PCM

30 Disember 2008 adlh hari terakhir aku kat PCM. Itulah kenangan yang terakhir dari aku. Sib baik dpt gak ar gambar sket2....Bile dtgk2 balik, sebak gak.....Rindunyer....:))

Idani, aku & Jupri........


Zairul, aku, solleh dan Andy....Mase nak solat.....

ITS member.......Boon, derick, seng, tai, raup & ea....


Ea...nak gak gambar ngan anak dia...wakakaka



Depan skali....Idani ngan Azrul....Blakang tu......Jupri, heirul dan hazman...

Lagi gambar........Fazuli, ecah , maya, glo & isk

Lagi.......Kak normah, cujie ngan norid pn ade......

Bergambar ngan otai2 berpangkat tinggi...hehehe...Abeng, siva, abg akmal & erwin....


ITS & DECT mechanical......Koo, shahree, yap, normi, ila dan aziz....

Abg madi......Senior sepanjang zaman...ekekeke...
normi tu sebuk ajer.....hehehe...jgn mare heeee.....


" Aku akan sentiasa merindui kenangan yang pernah tercipta. "

Berita : Ibu bapa bimbang guru Semenanjung ramai

SIBU: Ketika usaha menghantar guru Semenanjung mengajar di Sarawak disambut baik bukan saja ke arah menangani masalah kekurangan guru, malah ke arah memantapkan lagi integrasi nasional, namun timbul kebimbangan di kalangan ibu bapa mengenai kuota guru Semenanjung di sesetengah kawasan di luar bandar negeri ini, yang dikatakan terlalu ramai berbanding guru tempatan.

Bahagian Kapit, kira-kira tiga jam perjalanan dengan bot dari bandar ini misalnya dikatakan menghadapi masalah lambakan guru Semenanjung sehingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa, yang mengadu kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS), parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili masyarakat luar bandar negeri ini.

Malah di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Kain, Baleh, dalam bahagian itu, kesemua kuota sembilan guru yang ditugaskan mengajar di sekolah berkenaan terdiri daripada guru dari Semenanjung, tanpa ada seorangpun guru tempatan.

Presiden PRS, Datuk Sri Dr James Jemut Masing berkata, sebanyak 71.4 peratus atau 500 daripada 700 guru di Bahagian Kapit adalah dari Semenanjung dengan majoritinya berasal dari Kelantan.

"Kita menghargai kesediaan guru dari Semenanjung berkhidmat di kawasan luar bandar di Sarawak dan berterima kasih kepada mereka, namun ibu bapa di luar bandar mahu supaya jurang perbezaan antara jumlah guru Semenanjung dan tempatan yang mengajar di luar bandar negeri ini dirapatkan. "Sekurang-kurangnya jumlah guru Semenanjung dan tempatan diletakkan dengan jumlah yang seimbang. Kita membangkitkan perkara ini atas permintaan ibu bapa dan ia turut dijadikan salah satu resolusi PRS dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Kapit kelmarin," katanya.

Resolusi PRS turut meminta kerajaan menghubungkan bahagian Kapit dengan jalan raya dengan bahagian lain, kerana setakat ini hanya bahagian Kapit ibarat pulau di Sarawak, yang hanya boleh dihubungi dengan bot.

" Pasal perkara ni, aku lebih suka melihat dari sudut positif. Setiap langkah yang di ambil oleh kerajaan mempunyai pro dan kontra. Namun, sejauh mana pro dan kontra itu dapat dikawal spy semua pihak dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Bagi aku, aku bersetuju dengan PRS yang menyuarakan hal ini. Setidak2nya kerajaan akan berfikir semula spy tidak melambakkan guru2 semenanjung ke sabah dan sarawak. Buat pengetahuan semua, 60% lepasan UPSI ke sabah dan 40% ke sarawak utk tahun lepas. So, ape nak dikata???"

Hati : Touch


" Tuhan telah menentukan yang mana yang terbaik bagi kita. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan perolehi. Sesungguhnya, banyak hikmah yang tersembunyi disebalik setiap yang berlaku. Cinta mungkin akan lebih bahagia andai ianya dibiarkan pergi."

Sajer : Kenangan

Dah kol 1 pagi. Mate aku cam tak mo tido lagik. Aku sendirik tak tau nape....Lagipun, kelas esok kol 2ptg...so, pe lagi, main tenet ar...ekekeke...


Tapi kn, aku cam nak masukkan gambo yang satu ni...aku sendirik tak tau, pe sebabnyer....aperpun, tgk ar...sumer org de kat situ....

" Kerinduan yang hadir tetap meninggalkan kesan di lubuk sanubari."


Diari : Malam Pertama....aku try broadband kat UPSI...hehe

Salam...Ehm, malam ni aku br smpi kat bilik hostel kat UPSI nih. Penat gak. Dari Klang aku gerak kol 6ptg. Sib baik abg aku antar kat KL sentral. Kalo tak, bykla brg yang aku kene angkut dr Bukit Badak ke KL sentral. Sekurang2nyer dh sebahagian perjalann. Time kasih abg. Hehehe...

Dari KL sentral ke Masjid Jamek, kemudian ke Plaza Rakyat. Berpeluh2 bawak beg yng byk dn berat tu...huhuhu.. Tapi takperlah, janji sampai kt destinasi. Dari Puduraya kol 8mlm dan sampai kt Arked Bahtera, UPSI kol 9.20mlm....

Laparnyer, singgah jap kat kedai mkn. Makan bungkus ajer. Nasik goreng ikan masin yang ala2 tak brape sedap. Tapi, bersyukurla....ader gak makanan....

So, mlm ni try ar kepoweran broadband celcom kt sini. Huhuhuhu.....dpt 2G ajer....GPRS la tuh....rindu lak aku kt network kt Pasir Gudang. Dpt HSDPA kat saner....Bagai langit ngan bumi kat sini...Tapi, takper ah....dpt gak aku tgk2 brite2 terkini terutamanya blog aku ni dn friendster...Hopefully, dpt gak aku chat ngan member2 kijer yang aku rindui....eiiiii, geli lak aku...wakakakaka....

" Sebut pasai member kijer, aku masih terbayang kedudukn meja ngan ngan kusi yng aku duduk. Semua tu kenangan yang berlalu.......:))"