Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my
PETALING JAYA - Ada antara mereka sanggup berhenti kerja bergaji besar semata-mata mahu mengejar impian menjadi guru setelah menerima tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).
Bagaimanapun, selepas dua minggu mengikuti kelas, 280 pelajar DPLI sesi kemasukan Januari 2009 itu kecewa apabila dimaklumkan Kementerian Pelajaran membatalkan tajaan berjumlah hampir RM21,000 seorang secara tiba-tiba.
Lebih membuatkan pelajar pelbagai pengkhususan sesi Januari 2009 itu berang ialah surat pemberitahuan pembatalan itu dimaklumkan hanya menerusi satu kiriman e-mel.
"E-mel daripada Kementerian Pelajaran diterima oleh pihak fakulti pada 13 Januari lalu dan kami jadi panik sebab ramai bergantung pada wang tajaan itu untuk belajar,'' kata jurucakap kumpulan pelajar itu, Muhammad Nizam Che Hasan pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Muhammad Nizam, mereka yang terlibat bukan datang dari sebuah universiti sahaja tetapi melibatkan hampir keseluruhan institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Antara IPTA yang terbabit ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).
Kata Muhammad Nizam, kemarahan mereka ada asasnya kerana kesemuanya telah menjalani proses kelayakan termasuk temu duga malah surat tawaran penajaan program khas DPLI diterima pada 15 Disember lalu.
"Sebenarnya, mmg ketakutan bagi aku dan kawan2 yang menyambung pelajaran dalam bidang Diploma Pendidikan (DPLI) ini. Bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main tentang perkara atau issue besar seperti ini.
Meninggalkan pekerjaan yang boleh dikatakan selesa demi memenuhi cita2 dan impian untuk menjadi guru yang menyumbangkan bakti kpd masyarakat setelah mendapat tawaran tetapi tiba2 tawaran itu ditarik semula. Semua pekerjaan telah dilepaskan dan kini tiada lagi sumber rezki melainkan duit elaun dan tajaan yang diberikan oleh KPM.Tidakkah mereka yang berkaitan terfikir tentang issue ini?
Sebenarnya, aku takder kaitan dengan issue yang membabitkan pelajar DPLI kene buang atau ditarik semula tajaan dari KPM. Yang terlibat hanyala mereka2 yang meraikan konvokesyen dan graduate tahun 2008 sahaja. UPSI ada tersenarai 82 org dari 200++.
Masalahnya bukanlah berpunca dari pelajar tetapi dari kementerian sendiri. Pada aku, sebenarnya terdapatnya konflik antara kementerian pelajaran malaysia (KPM) dan kementerian pengajian tinggi malaysia (KPT) dalam issue ini. Memangla syarat awal permohonan mestila telah graduate tahun 2007 dan sebelumnya. Tapi, mengapa tidak berlakunya tapisan sebelum membuat sebarang tawaran kepada pelajar2 DPLI sekarang?
Setahu aku, permintaan untuk guru KPLI dan DPLI adalah tinggi. Tapi, ia tidak dpt dipenuhi sepenuhnya. Maka, kementerian perlu mengambil plajar2 lulusan 2008 untuk turut mengikuti DPLI ini. Itu pun masih jauh untuk mencukupi dari permintaan. Bagi mereka2 yang mengikuti KPLI, pasti tiada masalah kerana KPLI mmg bwh KPM dan KPM tutup sebelah mate. Berbeza dengan DPLI yang sebenarnya bwh KPT, tapi dpt tajaan dari KPM.
Oleh itu, KPM tak mahu sign utk luluskan tajaan kpd pelajar2 DPLI ini. That's whylah jadik issue plajar2 DPLI ini kene buang. Tapi, setahu aku, di UPSI ini, mereka tgh fight lg untuk jage budak2 DPLI. Sbb kalo dh kene buang, mmg tinggal separuh ajerlah......Dan info yang aku dpt, DPLI diberi 2 pilihan samada kluar sekarang tp, masuk bulan 7 nanti dan akan dpt tajaan KPM. Atau truskan blajar tapi kene guna duit sendiri serta susah nak dpt posting.
So, dlm hal nie, aku rasekan plajar2 DPLI mmg teraniaya dan perlu pembelaan! Kalau KPM tak mo taja, KPT tajalah....bukan susah sgt pun.!!!!!
Ehm, syukurlah aku tiada ape masalah......"
No comments:
Post a Comment