Thursday, July 23, 2009

Diari : Hari Ke 2 Praktikum

21 Julai 2009

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan aku kekuatan lagi untuk menghadapi hari ke dua praktikal ini.

Hari kedua ni, aku ditugaskan untuk menganntikan guru untuk kelas 3A2 dan 3A10. Hanya kelas 3A10 sahaja yang dapat aku masuk.

Perasaan berdebar tetap ada. Takut, rimas, suka, teruja, semuanya bercampur menjadi satu. Apa yang pasti, ini adalah kelas pertama yang aku masuk, walau bukan kerana mengajar, tapi aku pungut pengalaman itu sebagai bekal aku di hari muka.

Seronok juga aku rasa bila dapat berkenalan dengan budak2 sekolah. Suatu zaman yang mana budak2nya amat memerlukan perhatian dan tunjuk ajar.

Hingga sekarang ini, aku masih ingat nama beberapa orang pelajar yang masih aku ingat sampai sekarang ni. Aku suka layan kerenah mereka, mungkin disebabkan aku memang mudah mesra dengan orang2 yang lebih muda dari aku.

Apapun, KELAS 3A10, walau apa pun yang pernah aku dengar tentang kelas kalian, aku yakin dan percaya, kalian boleh berjaya di masa hadapan. Aku akan tetap mendoakan agar kalian menjadi murid yang baik. Amin.

Pengalaman pertama dalam hidup aku akan terus menjadi sejarah. Tanggal 21 Julai 2009, sangat memberikan banyak makna dalam hidup aku dan akan aku ingat sampai bila2....

Kelas 3A10, SMK Seri Manjung, Jadilah insan yang mulia bersama akhlak yang terpuji....InsyaAllah.....

No comments: