22 Julai 2009
Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh pensyarah dan penyelaras aku semasa di universiti haritu. Kita akan menghitung hari bila akan habisnya waktu praktikum ini. Baru masuk hari ketiga (Hari Rabu).
Hari ni sekolah mengadakan Sambutan Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah 2009 untuk semua pelajar dan guru2. Temanya adalah Kecergasan Membina Satu Malaysia. Acara yang diadakan adalah SenamSeni (lebih kurang dengan senamrobik gak).
Perkara yang aku ingin higlight kat sini adalah, aku sedih sebenarnya melihat anak bangsa aku menunjukkan perangai dan tingkah laku yang tidak sepatutnya. Sebagai seorang pelajar, sepatutnya mereka tahu bagaimana cara untuk menghormati orang yang lebih dewasa terutamanya para guru yang sanggup berjuang dalam mendidik mereka disekolah.
Aku tidak mahu menuding pada mana2 pihak kerana masing2 punya kelemahan. Cuma, bagaimana kelemahan itu dihubungjalinkan agar ianya menjadi satu kekuatan dan kejayaan yang benar2 jitu.
Apapun, aku masih enjoy dengan aktiviti yang dilakukan. Jarang aku dapat melakukan aktiviti beriadah macam tu. Cuma, apa yang merisaukan aku adalah anak2 murid yang akan menjadi penentu generasi akan datang.....Bagaimalah nasib mereka ya nanti???

No comments:
Post a Comment