Thursday, August 14, 2008

Hati : Sekadar Luahan

Aku tahu, aku tidak sepatutnya menyintainya. Namun, aku tidak pasti apakah yang harus aku katakan pada hati aku sendiri. Aku seolah tak mampu utk membohongi hati ini. Aku cukup yakin dengannya. Walau aku tak tahu apakah perasaan yang ada padanya terhadap aku. Aku hanya sekadar mengimaginasikan yang dia juga berfikiran seperti aku. Namun, satu perkara yang aku harus fikirkan adalah, benarkah perasaan ini? Atau ianya sekadar khayalan belaka yang hanya mengisi kekosongan dan kesepian hati ini? Aku sendiri masih tidak menemui sebarang jawapan atas semua persoalan aku ini yang menjelma secara tiba-tiba. Mungkinkah ianya permulaan fasa yang baru pada diriku. Atau ia adalah fasa lama yang berulang kembali? Aku sering tertanya juga, mengapa hal ini harus terjadi pada diri aku. Aku sukar utk menentukan dan memberikan kata putus.

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi diri kita sendiri. Tidak juga mudah untuk menipu orang lain terhadap diri sendiri. Kadang-kala aku bersikap hipokrit kerana aku tahu, andai aku tidak bersikap hipokrit, aku pasti akan hancur dan tewas dengan percaturan di dunia ini. Percaturan yang sangat memberikan tekanan dan seribu kepayahan yang sering menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa. Itu semua terserah pada takdir dan ketentuan yang telah tercipta utk kita. Dan segalanya juga bergantung kepada kebijaksanaan kita dalam mengharungi setiap cabaran dan dugaan yang terpaksa kita tempuh.

Berbalik kepada persoalan hati yang mungkin sukar dihurai apatah lagi sukar dirungkai oleh kata-kata logik akal semata. Kerana ia perlu meneliti soal perasaan dan hakikat kehidupan. Realitinya adalah pertemuan yang menyentap hati utk terus menyayangi. Pertemuan yang melahirkan bibit kasih yang mungkin tak terbalas. Apakah yang bakal terjadi selepas ini? Apakah mungkin sejarah lama terus berulang dan berulang. Bukan mudah utk melenyapkan sejarah lama dari kepahitan hidup. Kerana ia sudah menjadi sebahagian dari diri kita. Sejarahlah yang menjadikan kita hari ini seperti ini. Sejarahlah yang banyak mengajar kita dalam mendepani kehidupan ini. Sejarah juga adalah guru yang paling dekat dalam membentuk keperibadian diri.

Kadang-kala aku terfikir mengapa aku telalu memperbodohkan diri dalam hal ini. Perkara yang tidak memberi faedah kepadaku sendiri, hatta kebahagiaan itu pun sekadar selintas sahaja. Aku tak rasa ia akan bahagia berpanjangan.

2 comments:

Cujie said...

erm...sedeynyer :((

Sang Merpati Putih said...

setiap yg berlaku tu xsemudah yang kita harapkan....