KERAJAAN akan meneruskan pembayaran bonus produktiviti kepada 112,380 peneroka Felda di 317 tanah rancangan seluruh negara tahun ini, walaupun terpaksa berdepan risiko penurunan dalam sumber pendapatan kesan daripada kelembapan ekonomi global, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek.
Katanya, walaupun tinjauan penganalisis ekonomi tahun ini akan mencerminkan kesan sebenar ledakan krisis kewangan global, seterusnya mengakibatkan harga komoditi utama seperti getah dan minyak sawit mentah (MSM) di pasaran kembali menjunam, kerajaan membuat pembayaran itu menjelang akhir tahun ini.
"Pembayaran bonus produktiviti untuk semua peneroka Felda di 11 wilayah akan diteruskan walaupun terpaksa berdepan risiko kejatuhan harga komoditi dan peningkatan dalam bajet defisit ekoran pertambahan dalam perbelanjaan hasil pengenalan kepada pakej rangsangan ekonomi.
"Justeru, semua peneroka Felda tidak perlu bimbang mengenai perkembangan ekonomi semasa kerana pembayaran ini adalah bagi menjaga kebajikan mereka," katanya kepada Berita Harian pada temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Hasan yang dipertanggungjawabkan membantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjaga hal ehwal Felda, tidak menyatakan jumlah pembayaran yang bakal diberikan kerajaan tahun ini.
"Terlalu awal untuk menyatakan jumlah bonus itu kerana kerajaan kini dalam peringkat perbincangan dan sedang membuat penelitian terhadap perkembangan ekonomi semasa serta kesan penurunan harga komoditi terhadap pendapatan negara," katanya tanpa mengulas lanjut.
Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM144.44 juta bagi pemberian bonus dengan setiap peneroka memperoleh antara RM700 hingga RM2,000 berbanding RM600 hingga RM1,800 pada 2007.
Pada sesi dagangan pagi Jumaat lalu, kontrak MSM bagi penghantaran April 2009 di Bursa Malaysia Derivatif diurusniagakan pada RM1,779 satu tan, naik RM34 satu tan, manakala harga rasmi fizikal Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 turun 4.5 sen kepada RM5.05 sekilogram. Harga lateks pukal turun 0.5 sen kepada RM3.93 sekilogram.
Bagi meringankan bebanan peneroka, Hasan berkata, kerajaan memperuntukkan RM10,2 juta bagi memperkenalkan program dikenali 'Taman Kebun Dapur' bagi membantu peneroka Felda mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.
Katanya, menerusi program itu, setiap peneroka akan diberikan bantuan termasuk bantuan baja dan biji benih serta khidmat nasihat mengenai cara pertanian dan pemasaran.
Bagi meringankan beban peneroka, beliau berkata, mereka digesa mempelbagaikan sumber pendapatan seperti menanam sayur-sayuran di kediaman bagi mengurangkan perbelanjaan harian. -sumber Berita harian
"Alhamdulillah, mudah2 diorang kotakan apa yang diorang kata. Bagi aku, itu semua rezki dari Tuhan. Tapi sebenarnya, banyak makna dari sudut politik. Dengan kekuatan generasi felda yang ada, banyak perkara yang mampu kerajaan lakukan. Justeru, berfikirlah sejenak. Namun, jangan sekadar menerima keadilan yang diberi dan jangan menghapus ketidakadilan diterima. Banyak hikmah yang tersirat yang menyuruh kita berfikir.
Hakikatnya, felda sudah terlalu banyak keuntungan yang diambil tanpa disedari. Cuma, mereka yang terlibat sahaja yang tahu susur galur kewangan. Aku tidak pernah menuduh dan tidak pernah mengiayakan. Cuma, generasi felda jarang mahu berfikir. Terlalu selesa dengan apa yang ada.
Wahai generasi felda, bangkitlah dari kealpaan yang kalian ada"
No comments:
Post a Comment