- "KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat sejarah apabila sebuah syarikat tempatan berjaya mencipta sejenis alat mengesan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam makanan dan bukan makanan yang pertama di dunia.
- Alat yang dikenali sebagai Olipro Porcine Gene Chip itu dibangunkan Olipro Biotechnology Sdn Bhd (Olipro) berpangkalan di Klang, Selangor yang aktiviti utamanya membangunkan biochip sejak tiga tahun lalu.
- Ketua Pegawai Eksekutif Olipro, Diong Sing Peng, berkata cip itu dapat mengesan apa saja kandungan babi sama ada dalam makanan mentah atau diproses menggunakan teknologi tinggi serta bukan bahan kosmetik.
- Beliau berkata, ia terbukti mampu mengesan kandungan berkenaan dalam tempoh singkat iaitu antara empat hingga enam jam dan kerja penyelidikan untuk membangunkan produk itu dilaksanakan dua setengah tahun lalu.
- “Kejayaan ini amat membanggakan kerana dunia makanan hari ini memerlukan alat pengesan canggih untuk mengesan produk halal dalam jangka masa singkat dengan keputusan tepat.
- “Usaha ini hasil bantuan kerajaan yang memberi geran selain kerjasama berpasukan saintis kami,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Sesuatu yang perlu dibanggakan kerana sebagai seorang MUSLIM, kita perlu meyakini bahawa semua makanan, pakaian dan keperluan seharian kita adalah bersumberkan dari yang halal.
Cuma, aku terasa sikit kesal sebab yang menjumpainya adalah seseorang yang bukan MUSLIM (berdasarkan namanyalah). Mana sebenarnya kebijakan umat Islam sehinggakan yang mencipta alat ini pun adalah orang bukan ISLAM?
Memang tak menjadi masalah untuk menggunakannya, cuma, penciptaan ini telah mengukuhkan bahawa umat ISLAM di Malaysia (khususnya) telah jauh ketinggalan daripada bangsa dan agama lain.
Di Malaysia, hanya terlalu SIBUKKAN KUASA & PANGKAT serta apa jua perkara yang boleh mengekalkan STATUS QUO yang mereka miliki.
Sungguh menyedihkan dan inilah realitinya kita hari ini.......
No comments:
Post a Comment