Saturday, May 9, 2009

Berita : Gelatin halal daripada kelapa sawit: Rosmah

Oleh Sharifah Salwa Syed Akil
inasalwa@bharian.com.my
Malaysia mampu keluarkan produk bersih orang Islam

  • KUALA LUMPUR: Kelapa sawit boleh dijadikan sumber gelatin halal untuk pelbagai produk berikutan hanya satu peratus pengeluaran gelatin dunia adalah daripada sumber halal.

  • Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata sebagai negara pengeluar kelapa sawit terbesar dunia, Malaysia mampu mengeluarkan bahan itu untuk kegunaan orang Islam di seluruh dunia.

  • “Pengguna Muslim sangat sensitif terhadap penggunaan produk berasaskan haiwan terutama jika membabitkan haiwan tidak halal.

  • “Ini adalah industri yang belum diterokai sepenuhnya dan memberi peluang besar untuk pelaburan,” katanya pada majlis penutup Persidangan Penyelidikan Halal Sedunia 2009, di sini, semalam.

  • Selain gelatin, Rosmah berkata, Malaysia juga boleh menjadi pengeluar utama vaksin halal yang dapat meningkatkan kesihatan umum bagi kegunaan penduduk negara Islam.

  • “Aplikasi konsep halal ini dapat memastikan bahan vaksin yang dikeluarkan memenuhi keperluan umat Islam dan dapat mengetepikan semua prasangka terhadap penggunaan vaksin,” katanya.

  • Rosmah berkata, banyak potensi produk halal menjadi tidak halal berikutan penggunaan bahan seperti kolagen dan gelatin yang dihasilkan daripada sumber babi.

  • “Selain itu, dalam isu halal ini wujud kebimbangan yang semakin meningkat mengenai keselamatan pengguna dalam penggunaan bahan kimia,” katanya.

  • Beliau berkata, Malaysia boleh menjadi pusat bagi inovasi, pengeluaran dan perdagangan halal dan bahan semula jadi berikutan permintaan yang tinggi untuk produk halal di seluruh dunia.

Alhamdulillah, selaku penganut ISLAM, aku bersyukur kerana hal ini. Minyak sawit adalah alternative kpd gelatin lemak babi.

Mudah2han kita semua dapat manfaat yang lebih dari penemuan ini.

Cuma, percayalah, kemampuan kita ini sering menjadi pesaing kepada dunia barat yang sentiasa tidak mahu NEGARA ISLAM mendahului mereka. Berdoala agar kekuatan gelatin halal ini dapat menjadi antara tunggak kepada pemangkin ekonomi ISLAM di Malaysia....

No comments: