Monday, August 3, 2009

Berita : 6 perantis bina model Legoland

Oleh Azida Shaharuddin
azida@bharian.com.my

Kumpulan pertama akan dihantar jalani latihan 10 minggu di Amerika Syarikat

JOHOR BAHRU: Enam anak muda termasuk seorang wanita menyifatkan pemilihan mereka sebagai perantis pembina model untuk Legoland Malaysia, taman tema Legoland pertama di Asia, sebagai impian ketika zaman kanak-kanak menjadi kenyataan.

Mereka yang terdiri daripada empat anak Johor, dan masing-masing seorang dari Sabah dan Sarawak, adalah kumpulan pertama perantis pembina model Legoland yang bakal menjalani latihan intensif selama 10 minggu di Carlsbad, California, Amerika Syarikat bermula September ini.

Mereka ialah Kharunnadia Kamarudin, 23, Lee Khai Yuen, 34, Ahmad Yazid Sumisdan, 26, dan Mohd Firdaus Rahiman, 24 dari Johor; Khadzlan Hairani Ali Omar, 24 (Sarawak), dan Pang Chueng Shuong, 29 (Sabah).

Bagi Kharunnadia, seorang jurutera, yang dipilih sebagai perantis pembina model Legoland Malaysia yang akan beroperasi di Iskandar Malaysia menjelang 2013, ia adalah peluang keemasan bagi dirinya untuk membina kerjaya dalam bidang yang mencabar dan menuntut persaingan kreativiti.

Katanya, beliau akan memanfaatkan ilmu sebagai seorang jurutera untuk menghasilkan satu model lego yang mempunyai ciri tempatan untuk diketengahkan kepada masyarakat luar yang datang melawat Legoland Malaysia apabila ia beroperasi kelak.

"Tahniah kepada mereka yang terpilih. Peluang yang baik hanya akan datang sekali shj. Bagi aku, membina Legoland ni satu langkah yang agak bijak yg telah dirancng oleh pihk pembangunan Wilayah Iskandar. Satu lagi bentuk pelancongan yang boleh dikomersialkan. Cuma ia perlu perancangan yg lebih teliti agar ianya tak jadik ibarat projek Gajah Putih Sahaja.Dan mudah2han juga segala utang2 yang ditanggung o kerajaan johor dpt dilangsaikn dengan segera. Good Luck Kerajaan Johor!!!"

No comments: