Sunday, May 10, 2009

Berita : Bebas ISA: Tidak perlu ucap terima kasih pada kerajaan BN

  • PERMATANG PAUH, 10 Mei (Hrkh) - Rakyat tidak perlu ucap terima kasih pada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana membebaskan 13 orang lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka dizalimi sejak hari pertama ditahan sehingga memakan masa bertahun-tahun di Kem Tahanan Kemunting, Perak.

  • Jiwa raga mereka terseksa, anak pinak dan isteri menderita malah lebih malang lagi ada yang daif apabila mata pencarian keluarga terhalang disebabkan tangkapan suami.
    "Rakyat usah berterima kasih pada BN semata-mata melepaskan 13 tahanan ISA beberapa hari lepas. Ia bukan tindakan hasil kesedaran kerajaan tetapi kerana terpaksa ekoran desakan rakyat yang tidak pernah merasai jemu," jelas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub ketika ditemui selepas berucap di program 'Jom Sertai PAS' anjuran PAS Cawangan Taman Guar Perahu semalam.

  • Menurut beliau lagi, tindakan pelepasan tahanan ISA itu dibuat secara tergesa-gera kerana BN mahu menutup kes pencabulan kuasa Speaker di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang menyaksikan lunturnya demokrasi dan peraturan dewan yang selama ini disanjung.

  • Maka, sebab itu rakyat jangan terpedaya dengan sikap tidak bertanggungjawab BN yang telah menzalimi bukan sahaja mangsa yang tidak dihakimi malahan juga orang ramai yang tiada kena mengena dengan akta berkenaan.

  • "Tindakan BN itu bukan kerana menghormati demokrasi tetapi kerana nak tutup kes pencabulan di Dun Perak maka dilepasnya 13 tahanan ISA dengan harapan rakyat lebih cenderong membincangkan topik pembebasan daripada mengusung Speaker Dun Perak, Sivakumar keluar dewan untuk memberi laluan kepada Speaker baru melaksanakan tugas," tambahnya.

  • Sewajarnya jika Malaysia sebuah negara yang tamadun, bebas bersuara dan tidak mengamalkan demokrasi rimba kerajaan harus membebaskan ke semua tahanan ISA yang sampai kini tidak tahu apa kesalahan mereka sehingga ditangkap dan dikurung.
    PAS berharap Kerajaan BN jangan lagi menggunakan akta tersebut untuk kepentingan mereka apabila merasai kuasa yang ada tidak lagi stabil.

Mungkin apa yang diperkatakan adalah benar oleh akhbar harakah ini, namun aku kurang bersetuju dengan tajuk diatas.

Tidak mustahil kerajaan membuat satu isu baik ini untuk menutup satu isu yang tidak adil, tetapi walau dalam keadaan apa sekalipun, samada tekanan atau rela hati, kita melihat itu dari satu sudut yang positif.

Aku tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah mendengar luahan rakyat yang tidak jemu2 memperjuangkan apa yang mereka rasakan perlu. Janganla terlalu mengikut emosi sehingga kita gagal mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah melakukan sesuatu terhadap apa yang kita nak walaupun kita tak mendapatkannya secara keseluruhan.

Aku yakin, dalam ISLAM sendiri sekalipun, kita harus berterima kasih kepada musuh kerana musuhla yang menyedarkan kita tentang kealpaan dan kelemahan yang kita ada.

Kritik dan perjuangkanla apa yang ingin kita perjuangkan, namun jangan lupa, tanamkanlah budaya berterima kasih dalam diri generasi muda agar sifat ketimuran tidak akan luntur.

No comments: