- KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti penunggang motosikal menyambut baik hasrat Kementerian Pengangkutan mengkaji keperluan meminda undang-undang sedia ada supaya hukuman lebih tegas dapat dikenakan ke atas golongan mat rempit.
- Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berharap undang-undang yang bakal dilaksanakan itu berupaya mengekang kegiatan jenayah khususnya ragut dan samun yang dilakukan golongan ini.
- "Perbuatan jenayah oleh mat rempit makin berleluasa. Ia bukan lagi setakat ragut tetapi judi, dadah dan pertaruhan wanita. Undang-undang sedia ada tidak lagi relevan dan gagal menakutkan mat rempit," katanya ketika dihubungi, semalam.
- Sambil menyifatkan isu mat rempit sebagai cerita lapuk yang perlu ditangani, Shamsul mencadangkan penubuhan jawatan kuasa khas khusus menangani gejala rempit dianggotai beberapa kementerian seperti Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia dan Sukan, bekerjasama dengan pihak berkuasa, agensi kerajaan dan NGO.
- Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berharap undang-undang yang bakal dibentuk menetapkan hukuman mengikut jenis kesalahan jenayah dilakukan.
- "Undang-undang itu harus adil iaitu hukuman dijatuhkan berdasarkan kesalahan jenayah dibuat. Bagi mat rempit yang berhadapan dengan kesalahan trafik, misalnya, hukuman dikenakan ke atas mereka tidak sepatutnya sama dengan mat rempit yang ditangkap kerana jenayah ragut dan mengakibatkan kematian," katanya.
Satu isu yang dah terlalu lame diperkatakan. Akibat dari tiada susulan tindakan yang menyeluruh, ia sekarang ibarat sudah menjadi barah dalam masyarakat. Ia mesti ditangani sekarang!!!!!!
Akibat dari kesan pelbagai kesalahan yang telah dilakukan oleh golongan mat rempit ini, ia bukan sahaja telah menjadi masalah sosial yang semakin berleluasa bahkan juga telah menjadi jenayah yang dah tak terhitung lagi banyaknya.
Aku sokong saranan yang mengatakan bahawa hukuman yang harus dikenakan perlulah berbeza mengikut kadar kesalahan yang mereka lakukan. Ibarat kata seorang dari rakan aku , Razi, seperkara yang boleh menyebabkan mat rempit ini insap adalah dengan mengenakan hukuman sebatan mungkin sekali atau 2 kali sebatan.
Hal ini bukan sahaja boleh memberikan peringatan kepada mereka, tetapi juga boleh menggerunkan mat rempit-mat rempit lain untuk melakukan sesuatu yang salah di sisi undang2.
Kerajaan perlu tegas dalam hal ini. Kajilah sepenuhnya tindakan yang perlu dilakukan kepada mat rempit dengan seikhlas hati. Nasib anak bangsa berada di tangan pak menteri!!!
Jangan hanya sibuk pada KUASA dan PANGKAT sahaja!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment