Saturday, January 30, 2010

Bermula......

Degup jantung bergetar
Pemula langkah terketar
Namun semua itu dihindar
kerana telah datangnya sinar

Sinar menyuluh tanpa rasa
Buat hati berkilau-kilau jua
Jalan berbangga tanpa riaknya
Jiwa gembira tidak terkata

Mendung itu kalanya tiba
Lumrah alam takdir TuhanNya
Kuat lemah teruji bermula
Segalanya ditangan dan hati kita

Kaki ini baru melangkah
Pahit Maung akan bertingkah
Masam jua boleh bergundah
Manis masin akan bertelagah

Jalan ini suatu amanah
Moga Tuhan Beri mudah
Juga beri rahmat barakah
Buat penyelamat di alam barzah

No comments: