Assalamualaikum.....
Buat pertama kalinya, aku mula berjinak-jinak dengan blog seperti ini. Selama ini, aku hanya selalu membaca blog dan juga penulisan orang lain. Tapi, kali ini, aku ingin menjadi seperti mereka dengan memiliki blog sendiri. Aku akan cuba untuk memanfaatkan pertemuan dan perkongsian diruang siber ini dengan sebaiknya. Mudah2han semangat aku kuat untuk meneruskan permulaan ini.
Tak kenal maka tak cinta!
Huh, peribahasa melayu sangat mudah difahami. Baiklah, izinkan aku memperkenalkan diri sepintas lalu. Moga2 semuanya dapat menerima dan berkongsi dengan keluhuran hati yang suci.
Nama aku Mohd Fauzi Bin Abd Rahman. Umur aku sudah menjangkau 26 tahun. Lahir pada 12 Julai 1982. Merupakan anak ke tiga dari tiga adik-beradik. Abang aku yang sulung sepuluh tahun lebih tua dari aku, 36 tahun umurnya kini. Sekarang dia menetap di Nilai, Negeri Sembilan dan bekerja di Shah Alam. Kakak aku yang kedua sudah berumur 32 tahun. Beza 6 tahun umurnya. Dia kini bekerja di Pasir Gudang, Johor dan mungkin akan bepindah ke Kuala Lumpur.
Aku dilahirkan dan dibesarkan di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor. Ayah dan Mak aku merupakan peneroka Felda sejak tahun 1975(kalau tak silap aku). Sekarang hanya tinggal mak aku saja. Arwah ayah sudah pergi meninggalkan aku sekeluarga 6 tahun yang lalu. Tanggal 11 Disember 2002 bersamaan 6 Syawal merupakan satu tarikh yang hiba bagi aku sekeluarga. Namun, itulah ketentuan Tuhan yang terpaksa kita redha. Mudah2han roh ayah aman dan tenang di alam kubur sana. Alfatihah.....
No comments:
Post a Comment