Sunday, November 8, 2009

Falsafah : Persahabatan Dan Pergaulan

"Seribu kawan masih terlalu sedikit buatmu, tetapi seorang musuh sudah terlalu banyak bagimu"

- Mahatma Ghandi-

Diari : Sakit Hati....

Dalam kehidupan ini, kita mempunyai kawan yang kadangkala sangat kita percaya. Segala suka dan duka, kita tempuhi bersama. Pertolongan diberikan dengan seikhlas hati. Hanya kerana kita yakin dan percaya bahawa mengasihi dan mencintai kawan kerana Allah adalah sangat mulia di sisi-Nya.

Kadangkala juga kita dipertemukan Allah dengan kawan yang hanya memerlukan kita atas sebab2 tertentu. Datang mendekat masa kita senang, tapi menjauh pabila kita terasa susah.

Apakah ini memang lumrah yang Tuhan telah ciptakan untuk makhluk menghadapinya? Atau ini adalah satu sikap ciptaan manusia sendiri yang leka dan lalai dalam memahami hati dan perasaan orang lain.

Percayalah, jangan terlalu berbuat baik dengan orang lain tanpa memikirkan tentang hak dan kepentingan kita sendiri kerana tidak semua orang akan mempunyai jiwa dan hati seperti kita.

Berbaiklah sekadar adanya, sekadar memenuhi tuntutan bersahabat dalam agama dan jangan berlebihan kerana mungkin ia akan menjadi barah yang amat berbisa untuk kita.

Aku sangat bersyukur kpd Tuhan kerana rupanya....kesakitan yang telah aku alami, menjeruk perasaan dan menghakis kasih sayang telah memberikan aku sedikit kekuatan untuk berhadapan dengan persahabatan. Dan satu perkara yang telah aku pelajari ialah, aku tidak akan menyayangi apa pun jua dengan sepenuh hati. Kerana pabila tiba saat dan ketika, di mana kita tidak diperlukan dan terasa dikhianati, hati kita akan sakit dan terlalu pedih untuk menerimanya. Cukuplah sekadar adanya......

Mudah2han, peristiwa semalam menjadikan aku lebih kuat dan tabah. Dan mudah2han begitu juga bagi mak.....

Monday, November 2, 2009

Diari : Selamat Menunaikan Ibadah Haji...

SubhanAllah wa Alhamdulillah...
Segala puji hanya milik Allah....
Bertemu lagi aku dengan musim haji pada kali ini...
Cuma bezanya, aku di sini...

Buat semua jemaah2 haji yang sedang dan akan.....
pergi menunaikan haji pada kali ini...
diucapkan selamat pergi dan selamat balik...
semoga diselamatkan Allah...
dan dipermudahkan segala urusan di sana...

Tempuhilah ianya dengan tabah dan sabar...
ujian Tuhan pasti akan datang...

Masjidil Haram di Mekah Al Mukarramah....

Masjid Nabawi Madinah....

Semoga aku diberikan hidayah untuk menjadi tetamu Mu Ya Allah....

Diari : Hujung Minggu....


Kadangkala kita tak dapat mengagak bagaimana Tuhan mahu memberikan rezki kepada kita. Adakah Tuhan memberi secara nyata mahupun tersembunyi. Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui atas apa yang dikurniakan kepada setiap hamba2Nya.

Apapun jua yang telah kita terima adalah suatu rezki dan nikmat yang tidak terhingga nilainya sehinggakan kita pasti tidak mampu untuk membayar apa yang telah Tuhan kurniakan kepada kita.

Selalulah mengucapkan syukur kepada Allah, kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, kita diberikan rezki yang membolehkan kita terus hidup dimuka bumi Allah ini.

Alhamdulillah. segala pujian hanyalah milik Allah......

Sunday, November 1, 2009

Kenangan : Penghargaan.....

Erm, Alhamdulillah...
Mereka masih mengingati aku lagi...

Aperpun, pic kat bwh nie adlh hasil kreativiti dari sorang dari murid aku.
Nama dia Husna(bertudung biru).

Trima kasih sekali lagi.......

4S2 dalam kenangan.....

Pandai tak diorang edit gambar nier???

Saturday, October 31, 2009

Hati : Rindu

Malam ini sepi
Hujan mengiringi
Seolah memahami
Erti rindu di hati

Rindu ini jahat
Datang berdekat-dekat
Tusuk hati tidak bertebat
Berbisa pilu terkulat-kulat

Rindu masa lalu
Buat semakin cemburu
Pilu semakin memburu
Tidak metah begitu

Rindu pada teman
Rindu pada kawan
Rindu pada halaman
Rindu pada kenangan

Hah!!
Biarkan kerinduan itu membubar sendirian
Kerana datangnya tak berundangan
Pilu pada rindu itu hanya permainan
Kerana selalu bertepuk tanpa sambutan

Diari : Tahniah.....

Tahniah kerana kehadiran cahaya mata lelaki dalam hidup kamu. Semoga bayi itu selamat dan sentiasa hidup dalam keredhaan Tuhan hendaknya....

Dedikasi ucapan tahniah ini buat seseorang yang pernah bertahta di hati. Walau ia hanya seketika, namun ia tetap menjadi sejarah yang berpujangga.....

Puisi : Melangkah...

Mentari pagi muncul kembali
Bersama harapan tekad di sisi
Membaur keinginan yang dihajati
Agar semua sempurna dilangkahi

Aturan langkah demi langkah
Mewaspadai seribu dugaan berduri
Dengan harapan tidak jatuh tersembah
Dek kecuaian dan kealpaan sendiri

Langkah ini penuh sokongan
Tidak pula ada bangkangan
Impian ini yang aku harapkan
Jadi jua ia kenyataan

Ku mohon.....
Derap langkah yang terbina
Terus mara menuju destinasinya
Bersama jiwa bahagia
Jua Keredhaan dari-NYA

Tuhan...
Izinkan aku terus melangkah....

Tuesday, October 27, 2009

Kenangan : Jalan-jalan....

Berjalan-jalan sambil melancong di kedah....

Bergambar bersama replika menara alor star
Meneropong dikejauhan...hehehe
Yang kat blakang tu adlh pemandangan ygboleh dilihat dari menara ini....
G naik menara tu ngan shahrin...
Replika kat luar menara....
Pemandangan Menara Alor Star dari bawah...
Masjid di alor star...
Depan balai seni negeri.....
Hehe, kat depan muzium diraja kedah...
Haha...sempat bergambar ngan pak guard kat muzium diraja nie...:))
Membeli belah dipekan rabu.....walhal, takder beli aperpn...hahaha
Sblm balik, brgmbr dpn pekan rabu sat....
Ptg lak, g puncak janing...mandi2.....(aku ngan shahrin)
Nie shahrin ngan member dia....benornye, xjadik g punck janing, kitaorg mandi kat sg wang....:))
Aku diseludup masuk ke SMKDSA oleh shahrin, jmpe adik2 dia kt asrama...(kat gambar nie nadzmi dan zoro)
Gambar kenangan bersama2 ngan kuarga shahrin...
Sblm balik ke perak, sempat singgah di masjid albukhari, alor setar...
Erm, ok tak gambar nier???
Huaaaa...tinggallah kedah.....babye, jumpe lagi...

Ini smua kenangan yang telah ditakdirkan Tuhan.
Smoga aku akan sentiasa ingat pada kenangan ini.
Trima kasih Shahrin kerana menghadiahkan kenangan ini buat aku....

Diari : 26 October 2009

Hari nie aku ke pasir gudang, rumah akak aku yang dah pindah ke klang. Bukannya suka2 nak ke sini, ade urusan yang perlu diselesaikan di bandar johor bahru pagi ni.

So, nak tak nak terpaksala ke sini dulu sblm memenuhi tuntutan temu janji pada jam 9.00 pagi...

Urusan pertama yang perlu diselesaikan adalah di mahkamah syariah dan urusan yang kedua adalah kwsp. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Sekarang ni, aku masih di pasir gudang sblm balik ke kota tinggi smula esok.

Aperpun, hari isnin ni hari yang masih boleh dikatakan best dan memuaskan....Alhamdulillah...

Kenangan : Sekadar Ingatan.....




Monday, October 26, 2009

Kenangan : Perpisahan 4ST

Bertemu amat singkat....
Mera'i juga begitu singkat....
Maaf kerana masa amat terikat.....

Kenangan bersama2 kelas 4ST

Maluu...
Posing.....
Nama mereka sering menjadi sebutan di dalam kelas.....
Baik budi dan pekerti.....
Sesama mereka....
Masa yang berlalu begitu pantas.....
Gelak...... Tiada dengar lagi gelak tawa mereka.....
Tiada dengar lagi gurau nakal mereka.....
Mereka menduga namun amat menghiburkan.....
;))
Beraksi....
Kenangan terakhir....
Mereka masih muda....masih jauh perjalanannya....
Waktu2 terakhir.....
Penghabisan......
Simpanlah kenangan dihati itu....:))

Tiada lagi nama mereka disebutkan...
Sukar lagi seperti mereka dipertemukan...
Namun akan ku ingat sebagai kenangan....
Terima kasih atas segala penghargaan....

Kenangan : Perpisahan 4S2-McD

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap perpisahan itu pasti terselit seribu hikmah yang tersembunyi disebaliknya.....

Inilah sebahagian dari kenangan dengan pelajar2 kelas 4S2 SMK Seri Manjung, Perak...

Selama hampir 3 bulan aku bersama mereka, akhirnya kami berpisah jua......


Memerhati gelagat mereka yang akan aku tinggalkan......
Erm, faiz khusyuknya berlaptop....:))
Bahagianya aku di saat ini....:))
Skali lagi...:))
Wajah2 yang akan aku rindui....
Gelagat mereka yang menghiburkan......
Peace utk semua......
Wajah2 ini.......
Antara pelajar yg bersopan.....:))
Sambutan utk besday boy skali....zulhilmi....
Besday boy jugak.....haris......
Erm, nak lari dah besday boy nie...;0
Menyibukkan diri...........
Mana aku????
Posing2 terakhir.....
Wajah2 ceria yg mendamaikan.....
Sempat membebel sket....

Posing2 terakhir beramai2..........Kemana pun jua melangkah, kenangan di sini tidak akan punah....
Kebahagiaan ini terlalu singkat...

Apakah dapat aku kecapi lagi.....

Atau ia terhenti di sini???


Tuhan, redhailah aku...

Agar perjuangan aku di perjalanan ini masih bererti....