Hari ini hari terakhir program perkampungan ilmu khas buat pelajar2 PMR. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Diri ini hanya terlibat untuk 2 perkara; pertama mengendalikan solat zuhur hari sabtu dan kedua; menjadi salah seorang fasilitator KHB bagi kumpulan 5, 6 dan 7 iaitu kelas 3C, 3D dan 3E.
Begitulah pengorbanan guru2 untuk memberikan anak2 didiknya yang terbaik dan memastikan mereka mampu berjaya sehinggalah saat2 terakhir ini.
Terima kasih buat smua yang terlibat dan tahniah kepada anak2 pelajar yang sanggup dan menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru2.
Tapi, ada juga yang membuatkan hati ini rasa kecewa seketika. Apa yang diberikan oleh guru2 dan pihak sekolah, tidak dihargai oleh segelintir pelajar.
Mereka sanggup lari balik ke rumah ataupun ponteng ke CC semata2 tak mahu mengikuti program ini. Seolah2 mereka tak mahu berjaya.
Lebih mengecewakan adalah mereka yang ponteng itu adalah anak2 pelajar yang amat disayangi. Begitu mudahnya mereka mengikut kata2 nafsu dan ajakan kawan yang boleh memusnahkan mereka. Begitu mudahnya mereka meremehkan kejayaan masa depan mereka sendiri.
Entahlah, semoga mereka diberikan petunjuk dan hidayah Allah sentiasa.
Semoga smua anak2 pelajar smk seri alam 2 yang akan menduduki pmr tahun ini dapat membuat yang terbaik serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang...InsyaAllah.....
No comments:
Post a Comment