Aku merasa sangat sayu dengan berita yang aku baca pagi ini. Hanya kerana untuk mendapatkan wang sedekah sebanyak 40000rupiah atau 16ringgit, mereka yang sepatutnya menjadi penaung kepada keluarga yang lain, hilang nyawa dan terkorban.
Dalam keadaan ini, aku amat bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan aku sebuah kehidupan yang taklah mewah, tetapi cukuplah untuk membolehkan aku hidup dalam keadaan yang agak tenang. Syukur Alhamdulillah.
Namun, aku sangat sedih dengan kejadian yang menimpa mereka ini, lebih2 lagi yang sebangsa dan seagama dengan aku. Aku pasti, bukan kehendak mereka untuk menjadi seperti itu. Dan aku cukup pasti bahawa Tuhan bukanlah zalim sehingga menjadikan mereka fakir dan miskin sebegitu sekali. Namun, itulah ujian yang Tuhan berikan kepada mereka.
Tuhan telah mentakdirkan mereka hidup dalam keadaan yang serba tak cukup. Tuhan telah mentakdirkan mereka hidup dalam kemiskinan dan kepayahan. Bagi mereka yang sabar dan tabah, Allah sangat2 menyayanginya dan kehidupannya akan berkat. Namun, bagi mereka yang tidak tahan dengan dugaan dan ujian itu, maka berbondong2lah mereka keluar mencari jalan yang singkat walaupun tidak diredhai Tuhan.
Bagi aku, mati seperti ini tidaklah berbaloi apa pun melainkan kematian, namun, ia jauh lebih baik dari mati sebagai seorang penjenayah dan penjahat yang bukan sahaja menyusahkan diri sendiri bahkan juga orang lain akan merasai kesusahan itu.
Tuhan, ampunilah dosa2 mereka dan kurniakanlah mereka kehidupan yang lebih baik. Mudah2han mereka menjadi orang2 yang bersyukur kepadaMu.
Tuhan, janganlah kau uji aku dengan bebanan ujian yang tak tertanggung olehku. Sesungguhnya, Kaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Berkatilah kehidupan aku dan berikanlah kepada aku kekuatan agar aku mampu menjadi seorang yang dapat membantu dan menolong orang yang berada di dalam kesusahan. Janganlah kau jadikan aku sombong dengan harta yang Kau pinjamkan untuk aku ini. Amin....
No comments:
Post a Comment