Cuti kali ini memang agak memenatkan!
Begitulah harga sebuah pengorbanan yang terpaksa kita bayar demi sebuah kesucian kasih sayang keluarga. Tanpa keluarga, kita tidak akan dapat merasai nikmat kehidupan sebuah keluarga apatah lagi kekerabatan yang terjalin.
Jumaat malam sabtu, aku menghabiskan waktu kerja agak awal. 6 petang aku sudah bergerak keluar dari kilang dan menuju ke pasir gudang. Tanpa menunggu waktu berbuka puasa, aku meneruskan pula perjalanan bersama mak aku ke Tjg Sedili. Berbuka pastinya di dalam perjalanan. Sesampai di Tjg Sedili, aku singgah sebentar di Pantai Kemelah dan malam itu juga aku bergerak ke Rumah Aping sekadar menjengah dan berkemas apa yang patut. Selama satu jam di situ, bertolak semula ke Pasir Gudang dan sampai dalam jam 12.30 tengah malam.
Pagi2, aku datang ke kilang untuk menghabiskan kerja2 aku yang tak pernah abis. Dalam perjalanan, dengan hujan yang renyai2 lebat dan keadaan yang agak 'jamm', aku sampai ke ofis dalam jam 10.00 pagi. Aku menghabiskan masa di ofis sehingga jam 5 petang. Dan kemudiannya aku bergerak semula ke Pasir Gudang untuk berbuka puasa.
Selepas berbuka, aku kemudiannya bergerak ke Ulu Tiram dan bertolak semula dari ulu Tiram menuju ke Batu Pahat pada jam 10malam. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih dan tiba pada jam 12 lebih dan tidur disana untuk melepaskan lelah aku.
Keesokannya, bersahur bersama2 atuk dan menikmati masakan atuk yang dah lama tak rasa. Maklumlah kalau dulu, memang tiap2 hari aku rasa sementelah aku duduk dan tinggal dirumah atuk.
Sebelah pagi, aku, mak, atuk, muksu dan beberapa orang lagi pergi ke kebun semata2 untuk mencari pucuk paku, bekalan untuk dibawa balik. Aku hanya sempat dapat sikit saja, maklumlah bukan perkara biasa....
Dalam jam 10.30 pagi, aku dan mak kemudiannya pergi pula ke Azhar Food Supplies untuk membeli beberapa kerepek dan kuih raya. Sekadar buat tambahan, maklumlah aku juga menempah kuih raya dari atuk, Tat Jambu, Tat Manggis, Almond London dan Sarang Semut. Dan tujuan aku ke kampung juga adalah semata2 untuk mengambil kuih tempahan untuk dijual dikawasan senai dan pasir Gudang.
Kemudiannya, aku menjengah pula atuk busu laut, mak sedara kepada mak. Sempat juga mengambil beberapa sayur kampung untuk dijadikan juadah berbuka nanti.
Selepas zohor, dalam jam 3 lebih, aku dan mak kemudiannya berangkat pulang ke pasir gudang dan sempat pula berbuka bersama2 kakak sekeluarga.
Namun, keletihan akibat perjalanan ini menyebabkan aku hampir2 kemalangan di Kempas. Entah bila aku terlelap, aku pun tak pasti. Sedar2 saja, tayar depan dah naik atas divider. Alhamdulillah, Tuhan tu masih sayangkan aku dan mak. Aku sempat paut stereng semula ke arah jalan dan meneruskan perjalanan seperti biasa. Tapi, untuk mengelakkan aku terus dalam keadaan terkejut, aku berhenti di tepi dan membasuh muka.
Mungkin inilah pengorbanan yang orang tak akan tahu dari sebuah ketulusan. Mudah2han perjalanan aku sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah. Syukurlah Ya Allah, kau masih memberikan nikmat nyawa dan kehidupan kepada mak dan aku khususnya.Dan mudah2han juga perjalanan ini akan menjadi pedoman kepada aku agar lebih berhati2.....
2 comments:
urat dawai..tulang besi nie..hehe
hahaha....
penat giler, xder rehat....
mane ko tau urat aku dawai, tulang aku besi??
sape pecahkn rahsia???hehehe
Post a Comment