Perancangan yang berlaku tak sebegitu. Cuma ada hasrat dan perasaan untuk ke sana. Mungkin belum tiba masanya untuk aku kesana, namun kerana tuntutan perasaan ingin membantu, aku gagahkan juga untuk ke sana walau badan dan mata sangat letih.
Bagi aku, duit boleh dicari, tapi saudara tidak boleh. Justeru, aku memandangnya sebagai satu keperluan untuk membantu dan menolong semana yang mampu.
Cuma, aku pelik melihat ragam manusia yang dijadikan Tuhan yang sepatutnya saling tolong menolong dan membantu antara satu sama lain. Yang sepatutnya hormat menghormati kehendak dan keperluan orang lain. Bukan memusnahkan kerjaya dan kehidupan orang lain!
Aku cukup benci bila mendengar hasad dengki dan busuk hati yang selalu sahaja menjadi mainan mereka2 yang pentingkan pangkat dan kedudukan tanpa memikirkan kehidupan, perasaan dan kehormatan orang lain. Sanggup menjadikan busuk hati dan kedengkian itu untuk menguasai diri. Itukah perjanjian kita dengan Tuhan?
Atas tuntutan inilah aku sanggup untuk ke Pantai Kemelah semata2 untuk singgah sebentar menurut aturcara perubatan yang perlu dituruti. Mudah2han semuanya dipermudahkan Allah serta diredhai dan diberkati olehNya.
Mungkin ada hikmah jua mengapa tuntutan itu harus berlaku. Bukan sekadar untuk memenuhi proses perubatan, malah ianya juga dapat menenangkan jiwa2 yang kosong serta membantu memulihkan perasaan yang sedikit berkecamuk akibat dari keperluan2 lain yang semakin menggigit naluri dan perasaan. Apapun, pasti ada yang tersembunyi yang ingin Allah tunjukkan. Mungkin aku belum dapat melihatnya, tapi, Allah itu Maha Adil dan Berkuasa. Dia tidak akan menjadikan hamba2Nya terumbang ambing tanpa bantuan dan pertolongan dariNya.
Mudah2han Disembuhkan Tuhan serta diperbaiki kelemahan2 yang ada....InsyaAllah....
Sesungguhnya, walau hanya sebentar berada ditepian pantai, terpalit jua sedikit kenangan yang hanya sendiri yang tahu......
No comments:
Post a Comment