Tuhan, aku merasakan bahawa kekuatan yang Kau berikan kepadaku adalah sesuatu yang aku rasakan getaran kasih sayang yang Kau berikan. Namun, aku masih belum pasti apa yang harus aku lakukan dengan gerakan hati ini. Adakah aku harus menerima semua ini dengan sebuah kekuatan atau aku perlu menafikan setiap kekuatan yang sudah tertakdir untukku ini?
Tuhan, aku tidak mengerti perasaan hati ini. Adakah ianya takdir yang Kau kurniakan atau suatu ujian yang Kau berikan semata untuk menguji kekuatan iman dan takwaku.
Jauh disudut hati ini, aku ingin merasai keceriaan dan kegembiraan seperti orang lain, namun semua itu sukar sekali untuk aku perolehi. Bukan aku mempersoalkan takdir yang telah Kau tentukan untuk aku, namun aku ingin mengerti dan aku ingin memahami sesuatu yang sukar aku faham. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui tiap2 perkara yang Kau kurniakan kepada hamba2Mu.
Tuhan, adakah aku harus bercerita demi memuaskan hati ini? Ataukah aku harus memendam dan menyingkirkan perasaan itu dari hati ini? Aku tidak kuat Tuhan untuk berhadapan dengan realiti ini. Aku tidak kuat Tuhan untuk menghadapi dugaan ini. Sungguh, Kaulah tempat aku bermohon dan tempat untuk aku berterus terang. Berilah aku petunjuk dan hidayah yang seluas2nya agar aku bisa menunaikan setiap gerakan hati yang Kau berikan kepadaku.
No comments:
Post a Comment