Monday, December 22, 2008

Berita : Felda bayar bonus minggu depan

MARAN 21 Dis. - Felda akan mula membayar bonus insentif produktiviti berjumlah RM144.44 juta kepada peneroka yang setia bersama agensi itu mulai minggu depan, kata pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Beliau berkata, bayaran bonus itu memberi gambaran positif bahawa Felda tetap menunaikan janji untuk membantu warga peneroka walaupun dalam keadaan ekonomi yang sukar pada masa ini.

"Setiap peneroka yang bersama Felda menerima bonus purata RM2,000 seorang dan ini memberikan sumber kewangan yang diperlukan khususnya menjelang permulaan sesi persekolahan akan datang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan acara penutup program Kembali Berkhidmat Untuk Masyarakat anjuran Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Oktober lepas mengumumkan pemberian bonus itu kepada 84,581 orang peneroka Felda di seluruh negara.

Mohd. Yusof mengingatkan warga Felda supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu.

" Alhamdulillah, rezki datang dari Allah. Mudah2an yang dapat tu jangan mudah lupa diri. Ingat, sebenarnya tak semua tu milik kita! Ingat2la, rezki mesti dibelanjakan di atas jalan Allah. Selamat menguruskan kewangan dengan baik wahai warga Felda!"

No comments: