Dalam akhbar Utusan Malaysia Online, ade satu berita yang menceritakan bagaimana bapa kepada seorang profesor yang mati dibunuh oleh KOMUNIS. Ianya berlaku di kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat, di mana, disinilah kampung aku. Bapa dan bapa saudaranya telah mati diseksa dan kemudiannya disembelih kerana tidak mahu memberikan sokongan kepada kegiatan komunis.
Sebenarnya, bukan satu atau dua kes yang berlaku dan terlalu banyak penghulu2 kampung, orang pandai silat, orang2 alim turut jadik mangsa KEKEJAMAN KOMUNIS INI termasuklah keluarga sebelah mak dan arwah ayah aku juga.
Saje aku nak kongsikan berita ini. Suatu yang sangat menyedihkan lebih2 lagi kepada keluarga yang mengalaminya. Apakah perjuangan mereka akan terpadam, ataukah perjuangan mereka telah diperwariskan kepada ORANG LAIN yang dilakukan secara terancang??? Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang bertegas untuk menghalang kemasukan CHIN PENG kembali ke Malaysia. Simpati kepada semua waris2 keturunan yang menjadi mangsa KEKEJAMAN KOMUNIS.
APAKAH YANG AKAN BERLAKU SEANDAINYA MALAYSIA MEMBENARKAN? MASA DEPAN, MUNGKIN RAMAI YANG AKAN MATI DISEMBELIH SEPERTI YANG PERNAH BERLAKU. INGAT, DENDAM MEREKA AKIBAT KEKALAHAN SENTIASA ADA WALAU SERIBU TAHUN TELAH BERLALU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
3 comments:
itu cerita tentang chin peng dan sejarah lama komunis.memang x dinafikan kezalimannya..tetapi tahukah anda darimana bermulanya fahaman ini dan negara pencetus fahaman ini sekarang adalah rakan akrab negara kita...begitu juga dengan kezaliman british.apa bezanya kekejaman british ini dgn komunis.tapi kita masih menyanjungi negara2 ini.jika mencari role model terbaik, bacalah cerita2 keperibadian Rasulullah.lihatlah bagaimana layanan Rasulullah bukan hanya terhadap sahabat2nya tetapi terhadap musuh.
Terima kasih johorean....
Ya, saya akui kebenarn yg anda perkatakn. Keperibadian Rasulullah sgt mulia dan kita patut mencontohinya. Namun, kita hanya manusia bukan pilihan spt Nabi. Kenangan pahit yg berlaku dpn mata sukar utk menjadikn kita menerima kejahatn mahupn kejahiln. Sekali lagi sy katakn, kita tidak semulia Nabi....
Sy tidk pernh menyuruh kita bermusuh dgn negara asal yg mewujudkn fahamn ini. Krn mereka bukan ancamn untuk kita dan kita takkan memberi negara lain utk campur tangan dlm hal ehwal negara kita. Tapi, kita menghukum mereka yg menjadi dalang kepada negara kita yng mane dalangnya itu adlh mereka yang berasal dari negara kita sendiri.
fahamn british sudh terlalu menguasai pentadbirn negara. mmg sy akui, british juga zalim kerana mereka menceroboh negara kita & mencuri semua hasil kita. sy juga menyokong agar pemimpin yng pro british juga dikenakn tindakn yg same.
cuma, apakah anda kenal siapa pemimpin british yang berasal dari negara kita sendiri? klu ada, eloklah anda cadangkan kpd pemimpin negara supaya orang itu dikenakn hukuman buang negara. beranikah anda?
Rundingan Damai Haadyai pada 2 Disember 1989.
Apakah Isi Kandungan Rundingan Damai Haadyai?
Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
* PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
* Parti Komunis Malaya dibubarkan
* Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
* Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
* Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
* Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
* Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rundingan_Damai_Haadyai_1989
Sekarang ni dh plak kate tak boleh balik...isk2..camne ni?
p/s: copy dari sejarah lama.....pojie, ko kenal aku x?
Post a Comment