Hai....musim2 cuti sekolah ni ramai pula yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kenduri kawen. Seronok sebenarnya dengar dan aku sekadar menumpang gembira apatah lagi yang bakal bergelar raja sehari itu adalah sahabat mahupun sanak saudara. Bertuah sungguh mereka.... :)
Tidak ada perkara istimewa yang boleh aku kongsikan di sini. Hanya sekadar menyusupkan satu dua cerita yang boleh ditatap bersama.
Mungkin aku akui, aku bukanlah seorang yang mampu untuk berkawan apatah lagi menjadi sahabat terbaik bagi kawan2 aku. Mungkin itu sudah tertakdir untuk aku. Namun, aku percaya, Tuhan itu Maha Tahu dan Maha Memberi.
Tuhan memberikan aku sebuah kehidupan yang berbeza dari orang lain. Apatah lagi, amanah yang aku pikul cukup besar nilainya dan kepercayaan orang lain sukar untuk dicari ganti.
Aku sedar, Tuhan itu Maha Menguji kekuatan hamba2Nya untuk menghadapi ujian kepercayaan dlm kehidupan. Aku hanya mampu untuk bersyukur dan redha atas apa yang berlaku.
Hari Jumaat malam sabtu, mungkin perkara yang jarang aku lakukan. Entah kenapa hati aku tergerak untuk menziarahi kawan baik aku. Aku percaya, inilah gerak hati yang Tuhan berikan kepada aku. Aku sekadar menurut. Rupa2nya terselit hikmah yang dapat memberikan aku sedikit kekuatan untuk menghadapi hari2 seterusnya. Suatu perkara yang aku perolehi adalah " Aku tidak boleh terlalu bersimpati pada orang lain sehinggakan hati dan jiwa aku terkorban kerana simpati itu".
Ya, aku harus akur dengan ketentuan Tuhan, namun aku akan cuba untuk menghadapinya dengan kuat dan tabah.
Aku berborak dengannnya sehingga aku pulang ke rumah jam 2.30 pagi. Suatu gerakkan hati dari Tuhan yang mendatangkan semula kekuatan padaku. Syukur Alhamdulillah...
Hari sabtu pagi, aku mula menunjukkan yang aku harus meminggirkan rasa simpati yang keterlaluan dalam diri yang boleh memusnahkan sistem ketahan jiwa dan hati. Memang aku sudah lama terasa seperti tidak terurus dengan kehidupan aku mutakhir ini, namun aku tiada daya untuk kembali memberikan sinar pada diri setelah ianya suram disembur racun berbisa. Dan kini, aku akur dengan perubahan hati dan jiwa malah jauh lebih bersyukur kerana kekuatan sudah kembali menjelma.
Hari sabtu petang, aku pulang ke kota setelah siap menjadikan rumah tempat tinggal aku sekarang seperti pentas keselesaan yang cukup bermakna. Berkat kekuatan yang ada dalam diri, aku pergi ke gotong royong @ merewang (kalau ikut bahasa orang johor) rumah jiran.
Walaupun aku merasa malu, maklumlah jarang sekali bercampur dengan pakcik2 yang susah berusia, namun, aku gagahkan juga. Inilah kekuatan yang sukar dicari. Aku akur dengan kehendak Tuhan, mengambil nyawa ayah di kala aku amat memerlukan. Namun, aku pasti Tuhan itu takkan pernah zalim dengan apa yang telah Dia berikan. Pastinya ada sesuatu hikmah yang tersembunyi di belakang sana. Alfatihah buat ayah.....
Sabtu malam ahad, sekali lagi aku menghadiri majlis potong jambul. Ehm, baru terasa penat merewang. Tapi, OKlah.....
Ahad pagi, aku perlu memastikan kondisi rumah sebelum aku balik ke pasir gudang adalah dalam keadaan yang baik. Justeru, aku mengemas dan membuat apa yang patut untuk memastikan rumah aku di kota seperti rumah orang biasa2....
To be continued.....(dah naik rehat kt opis)....
No comments:
Post a Comment