Kadangkala, terbit juga rasa sayu di dalam hati. Berada keseorangan di bumi sendiri cukup membuatkan aku merasa kekosongan dalam hidup. Tiada lagi kasih ayah, jauh dari kasih ibu dan keluarga serta tiada tempat untuk aku berkongsi cerita. Namun, aku pasti, Tuhan akan menghadirkan sesuatu dalam hidup aku di kala keadaan mengizinkan.
Tak mengapalah, aku perlu redha dengan ketentuan Tuhan ini. Aku harus kuat dan tabah dalam menghadapi setiap yang berlaku.....
Ahad tengahari, aku sekali lagi hadir ke majlis kerja kawen jiran aku. Malu juga rasanya. Tapi, aku harus berani. Dengan kekuatan yang sedikit ada hari ini, aku membantu di bahagian cuci pinggan mangkuk. Aku tak kisah kerja apa sekalipun asalkan aku dihargai oleh mereka2 yang lain dan bukan di pinggirkan.
Kadangkala, bila kita tidak dihargai, kita merasa terlalu kecewa dan adakalanya kita akan serik untuk meneruskan kebaikan yang kita lakukan. Aku tak kata aku terpinggir di situ, cuma, jauh di sudut hati, aku merasakan bahawa kehadiran aku tidaklah disenangi oleh beberapa pihak. Namun, apakan daya, aku sedar kita tidak boleh memuaskan hati semua orang kerana masing2 punya kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.....
Ahad petang, aku balik agak awal iaitu selepas majlis bersanding. Bukan aku tak mahu meneruskan kerja2, tapi, cukuplah aku rasakan sekadar itu tanpa memaksa jiwa aku terus merintih di situ. Aku sedar apa yang berlaku. Aku redha dan pasrah. Terima kasih bagi mereka yang masih menghargai diri ini.
Ahad malam, aku berkemas apa yang patut sebelum bertolak balik ke pasir gudang. Aku kadangkala tidak betah berlama2 di rumah kota. Bukan aku membenci dan bukan juga lupa pada diri, tapi aku merasa terlalu sayu dengan apa yang berlaku. Walaupun aku sedar, aku memikul amanah yang besar, tapi, Tuhan tu lebih tahu atas apa yang berlaku. Mudah2han aku tidak mengkhianati amanah yang diberikan serta kerinduan aku pada rumah kota tetap membawa aku untuk pulang menjenguk sekadar termampu.....
No comments:
Post a Comment