Segala pertemuan adalah bermula dari takdir Tuhan. Tuhan akan menentukan bahawa kita akan berjumpa di suatu masa dan ketika dengan asbab tersendiri yang telah diatur oleh Tuhan. Tuhan Maha Mengetahui setiap pertemuan itu walaupun kita tidak pernah menjangkakan pertemuan itu akan berlaku. Namun, takdir tuhan mengatasi segal-galanya. Keredhaan Tuhan untuk sesuatu peristiwa itu pasti akan berlaku. Cuma, bagaimana kita harus hadapi dan depani ianya dengan sebuah kekuatan dan bukan kekalutan.
Begitulah kehidupan. Kita tidak boleh menyalahkan perpisahan andai ianya berlaku. Tapi, salahkanlah pertemuan yang mengizinkan semua ini berlaku. Namun, jangan sesekali kita menyesali takdir Tuhan, kerana Tuhan itu Maha Adil lagi bijaksana. Dia tidak akan pernah menzalimi setiap hamba2Nya yang beriman dan bertakwa.
Perpisahan itu diakui benar amat perit dan pedih untuk dihadapi. Namun, kita harus akur dengan setiap perpisahan yang berlaku. Kadangkala, perpisahan itu adalah suatu yang terbaik hatta ianya memedihkan dan menyedihkan banyak pihak. Kerdehaan kepada Tuhan merupakan jalan terbaik untuk kita mendepani setiap perpisahan yang berlaku.
Apakah kita cukup kuat untuk menghadapi perpisahan ini? Apakah kita cukup bersedia dengan perpisahan ini? Apakah kita cukup memahami perpisahan ini? Apakah kita mampu untuk menewaskan kekalutan yang berombak didada sendiri?
Sebenarnya, ia bukanlah begitu mudah untuk dihadapi. Bukanlah terlalu senang untuk diselesaikan. Namun, kita harus akur dengan kehendak Tuhan. Tuhan pasti ada jawapannya. bersedialah kita untuk menghadapi saat2 terakhir sebelum sebuah perpisahan.
Mudah2an aku kuat untuk menghadapinya. Maafkan aku......
No comments:
Post a Comment