Sahabat.....
Aku tidak pasti, bila aku mampu untuk menghargai kalian di dalam blog ini. Bukan aku tidak mahu, namun dalam situasi dan keadaan seperti ini, aku belum punya cerita ceria yang boleh dikongsi. Biarlah aku senada dengan rasa hati pada waktu dan ketika ini.
Aku mungkin tidak pernah menghargai kalian sebagai sahabat terbaik yang pernah aku ada. Namun hakikatnya, aku tidak mampu untuk menunjukkan perasaan persahabatan dikala aku sudah kehilangan keceriaan yang sangat aku dambakan.
Aku terlalu hipokrit di mata semua orang. Walhal, orang tidak pernah tahu tentang kehidupan aku dan masa silamku. Aku tidak pernah membuka bicara kerana aku pasti suara yang mendengar itu lebih bahaya dari suara yang berkata2. Bukan aku membelakangkan persahabatan, tapi cukuplah, dengan peristiwa silam aku sendiri.
Kehidupan harus diteruskan. Persahabatan tidak akan pernah terputus. Namun sahabat, aku rela berundur andai aku bukanlah sahabat yang terbaik. Aku rela menarik diri kerana aku sedar, apapun jua perhubungan yang melibatkan hati, tidak akan pernah selesai dan sentiasa berombak......
Maafkan aku sahabat, kerana aku tak bisa menjadi sahabat terbaik kalian. Maafkan aku kerana kesalahan demi kesalahan yang tidak pernah terungkap malah dipendam.
Maafkan aku sahabat kerana juangmu sangat istimewa. Maafkan aku sahabat, keceriaanmu adalah kekuatanku. Maafkan aku sahabat, aku tidak pernah berterus terang.
Terima kasih sahabat kerana sudi memberi aku ruang dan peluang untuk menjadi sahabat kalian. Percayalah, kalian adalah sumber kekuatanku......
No comments:
Post a Comment