Alhamdulillah, aku selamat pergi dan selamat kembali dari percutian ke Terengganu. Walaupun ianya sesingkat cuma, namun ia cukup memberikan aku sedikit nafas baru setelah sesak beberapa ketika.
Ya, aku pasti akan mencoretkan sesuatu agar aku sendiri mampu mengingati peristiwa2 silam yang bukan bertujuan mengembalikan kesedihan atau kekecewaan yang berlaku, cuma sekadar kenangan yang tak mungkin diulang kembali.
Aku bertolak ke Terengganu pada hari Jumaat malam Sabtu (12.12.2008) bersama 2 lagi sahabat aku, where & paklong. Cuma malam itu, persediaan aku agak tergesa lantaran khidmat aku diperlukan seketika. Aku ikhlas membantu, cukuplah sekadar aku dihargai. Lantaran pula, aku akan berhijrah ke kehidupan yang baru.
Tiket menunjukkan jam 10.05mlm bas akan bertolak dari Johor bahru ke Sri Puteri, Skudai. Mungkin dalam jam 10.30 @ 10.40, aku akan memulakan perjalanan ke Terengganu. Namun, apa yang dijanjikan tersasar! Setelah menunggu hampir satu jam lebih (11.25mlm) , akhirnya perjalanan dimulakan dengan lafaz Basmallah.
Suatu perjalanan yang memenatkan! Hari ini, baru aku dapat rasakan betapa peritnya dan sanggup berkorbannya mereka2 yang menyambung pengajian jauh dari kampung halaman. Walaupun, perjalanan aku ini hanyalah sebuah percutian, tetapi kepenatan mampu dirasai. Sungguh Tuhan memberi mereka pahala Jihad, InsyaAllah....
Singgah sebentar solat subuh di suatu masjid pada jam 6.15 pagi dalam daerah Terengganu. Akhirnya, aku sampai ke Kuala Terengganu dalam jam 8.00 pagi. Pusing seketika mencari tempat untuk bersarapan dan kemudian memerhati serta cuba memahami kawasan sekitar. Maklumlah, belum pernah aku sampai ke sana. Mujur ada 2 org lagi sahabat aku. Taklah terpinga2 sangat.
Aku menunggu kedatangan seorang kawan yang berjanji untuk mengambil kami bertiga dan membawa ke mana2 tempat asalkan OK. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk melawati Taman Tamadun Islam. Kebetulan pula terserempak dengan majlis penyerahan royalti minyak negeri Terengganu yang dibuat di dalam dewan konvensyen TTI.Tapi, taklah kami terlibat ke sana, sekadar memerhati dari jauh.
Entahlah, aku tidak pasti apa permainan yang mereka sedang lakukan. Biarlah Tuhan yang menjadi Saksi....
Satu lagi, berkenaan dengan Masjid Kristal! Entahlah, aku sendiri tak faham untuk apa pembinaan masjid itu yang agak jauh dari perkampungan orang Islam, hatta mereka sendiri sudah mempunyai surau mahupun masjid yang terdekat. Lebih2 lagi, mereka yang mengimarahkan masjid adalah dari golongan yang sudah berusia, payah untuk melihat anak2 muda sama2 berjemaah di masjid2 mahupun surau. Hal ini akan kupas suatu hari nanti....
Penat juga berpusing melihat2 replika masjid2 besar diseluruh dunia. Sempat juga merakam gambar buat kenang-kenangan. Cuma, waktu terlalu pendek, matahari terlalu terik. Akhirnya, sampai ke rumah pengantin dalam jam 3.30ptg. Sebenarnya, inilah tujuan asal aku untuk menghadiri majlis perkahwinan member baik semasa belajar di UTMKL dan UTMJB. Ibarat menyelam sambil minum air.....
Sambil menunggu bas sebelum pulang ke Johor bahru, sempat juga aku bertiga membincangkan sesuatu yang berkaitan dengan jodoh dan masa depan. Hanya tinggal kami bertiga sahaja yang masih membujang. Namun, aku optimis dengan setiap yang berlaku. Kadangkala hati dan perasaan terlalu payah untuk difahami. Cuma, segala perasaan adalah kurniaan Tuhan. Redha dan pasrahlah dengan ketentuan-Nya. Aku yakin, Allah memberi sesuatu sebagai ujian dan akan menggantikannya dengan nikmat dan kesyukuran.InsyaAllah.....
Jam 9.00malam, aku bertolak ke Johor Bahru dari Hentian Bas Kuala Terengganu dan sampai di Sri Skudai hari Ahad (14.12.2008) pada jam 6.00pagi. Sepanjang perjalanan, aku tidak sedar apa yang berlaku kerana terlalu letih. Aku tidak ada rehat sebelum bertolak ke Terengganu, berjalan jauh, Melawat replika masjid di TTI semasa panas berdeting dan kemudian balik semula ke Johor Bahru. Uhh, penat tapi ada pengalaman dan kenangan yang mungkin menjadi sejarah berharga dalam hidup aku.
Terima kasih sahabat kerana sudi mengajak aku sekali ke Terengganu. Mungkin inilah yang pertama dan mungkin ini jua adalah yang terakhir......
No comments:
Post a Comment