Tuesday, June 2, 2009

Hati : Kau, Maafkanlah aku

Bagaimana harus aku mulakan bicara hati ini kerana aku tidak tahu sejauh mana kejujuran hati aku sendiri.

Kau, Maafkanlah aku.....
Aku bukan tidak mahu untuk menghadapi realiti ini yang telah aku cipta sendiri oleh tangan aku sendiri. Aku seperti insan lain, ingin merasai nikmatnya hati kurniaan TUHAN. Aku cuba untuk bersedia dan aku bangkit untuk bersedia. Aku buangkan segala kepayahan yang pernah tercipta dalam diari hidupku. Aku ingin lepas bebas seperti burung2 merpati yang jinak berkeliaran dan berterbangan. Aku ingin melihat jatuh bangun aku sendiri dalam membina nikmat hati.

Kau, Maafkanlah aku.....
Di kala aku telah merasai nikmat kemanisan hati, jiwa aku direntap kembali. Aku sendiri tidak memahami mengapa harus ianya berlaku. Aku sedar, aku telah memulakan langkah yang aku anggap suatu pengorbanan diri aku sendiri. Namun, langit tidak selalunya cerah.....

Kau, Maafkanlah aku.......
Langkahan ini terpaksa aku undurkan kembali. Tiada daya untuk aku meneruskannya. Ingin sahaja aku berteriak kecewa, namun hati aku sukar untuk mengeluarkan kata walau sekadar bermadah bicara.

Kau.....
Jangan lihat lagi dunia yang telah berlalu. Teruskanlah hidupmu. Aku sangat-sangat ingin memohon maaf atas keterlanjuran hati yang pernah singgah padamu. Aku akui, undurnya diriku pasti kecewa buatmu. Kerana pertemuan itu ada suatu nikmat yang tersendiri. Namun, biarlah aku berundur sebelum segala-galanya menjadi pujangga cinta. Aku akan menanti suatu yang lebih pasti dan akan aku biarkan ianya mengerti sendiri.

Kau.....
Aku doakan kau tabah kerana pengunduranku ini. Mungkin bukan aku yang terbaik bagimu. Biarlah TUHAN yang berbicara dan kita hanya berdoa kepadaNYA.

Kau....
Percayalah, kau adalah istimewa bagiku dan sungguh, kau adalah antara insan yang pernah menghiasi hidupku, namun aku perlu berundur dan pergi sehingga aku benar2 bersedia. Carilah ketenanganmu yang diingini....

Kau.....Maafkanlah aku...........

2 comments:

Anonymous said...

bila dah beri harapan, dengan mudahnya mgatakan TIDAK
wpun sbnarnya ia ada..
adakah sebab takut
adakah sebab malu
adakah sebab tidak pasti

x rs bersalah ke?

bukankah
tanpa keberanian mimpi takkan jd bermakna?

(+'_'+)

Sang Merpati Putih said...

rasa bersalah sering menghantui
namun
bila perasaan itu dituruti
datang menjengah rasa simpati
walau seringkali
terluka dan kecewa hati

biarlah aku mengundur diri
bagi mengubt hati sendiri
akan ku cari kekuatan dinanti
agar ada yang mengerti

kerana
harapan yang kuberi
tak pernah bersua muka
harapan yang ku beri
tak pernah dikata
harapan yang ku beri
hanya melingkar di jiwa

sekadar bisikan manja
yang hadir diangin lalu

keberanian
pembuka jalan mimpi bermakna
namun
keberanian takkan mampu
menongkah takdir TUHAN Yang Esa