Hari ni adalah hari jumaat 16 April 2010. Hurm, banyak perkara yang aku rasa nak diceritakan. Tapi, takperla, mungkin hanya apa yang berlaku 2 hari ni aje.
Minggu ni sebenarnya adalah minggu teknik dan vokasional di sekolah. Tugas semuany dah diberikan, tinggal laksanakannya saja. Hari ni adalah giliran aku utk kendalikan kuiz harian yang disoal di perhimpunan pagi. Aku sebenarnya tak berapa suka nak handle perhimpunan terbuka macam tu. Maklumlah, semuanya akan tgk kat aku. Mulalah waktu tu menggigil. Tapi, nak tak nak, aku kan dah jadik cikgu, kenalah berani tempuhinya. Haha...
Berbalik kepada kuiz harian tadi tu. Soalannya yang dikemukakan senang sangat. Aku hanya ulang smula soalan2 yang dah keluar masa ujian satu.
antara soalan2nya ialah:-
1) sebutkan nama jenis lukisan projek yang akan kita gunakan dalam melakarkan projek.
2) bagaimana kita nak tahu saiz tukul kuku kambing dan tukul warrington.
3) sebutkan 2 jenis kemasan yang biasanya digunakan dalam kerja kayu di bengkel
4) satu lagi soalan ni aku terlupa lah pulak...
soalan2 tu semuanya senang2 belaka...cuma, mungkin pelajar2 malu nak naik ke atas. Apapun, nasib ada jugak yang berani untuk menjawab. 2 orang untuk 4 soalan. sorang kalidasan dan sorang lagi norlina.
Aku harus berterima kasih pada dua orang tu, bagus berani!....
Lepas tu, aku kene ganti ustaz untuk handle perhimpunan modal insan. memang di adakan setiap jumaat pagi. Aku takda masalah nak handle, cuma aku rasa terkilan aje, yerla kan, kat sekolah tu bukan aku sorang cikgu lelaki yang nak kene handle budak2 lelaki kat dalam surau utk baca yassin tu. Ada dekat 15 orang. sorang pun takder. erm entahla...."Guru kencing berdiri, murid kencing berlari"....mungkin ada betulnya pepatah melayu nie.
Lepas baca yassin tadi, aku ada tegur sikit budak2 tu. Dalam surau, dengan kawan2 lain tengah baca yassin, boleh ketawa, bertepuk tampar dengan kawan2 yang lain. Ish, memang sungguh tak hormat!
Mudah2an teguran aku tu dapat memperbaiki sahsiah yang ada dalam diri mereka...InsyaAllah...
Okla, lain kali sambung cerita....Esok ada kursus kat smk tmn desa tebrau. Utk subjek KHB. Esok juga aku dapat jemputan dari sorang anak murid kat sekolah. Bukan dia yang kawen, tapi akak dia. Aku mmg nak pegi, tapi, tu semua bergantung pada hari esok samada cepat atau tak kursus tu habis. Esok juga, aku cadang nak amik mak aku kat Klang.
Aperpun, aku harap hari ni adalah permulaan yang baik bagi hari2 seterusnya .Aku doakan semua anak2 murid aku diberikan Allah keikhlasan dalam beribadat, belajar, berusaha.
"Walau duka kadangkala menjengah, namun hati sudah mula bermadah, diberikan Tuhan satu satah, berjalan dan berlari dengan wadah. Sungguh, ada diri yang menggembirakan hati ini. Mungkin, inilah suatu erti"