Monday, February 23, 2009

Berita : Pelajar dipukul 24 remaja meninggal


Sayu rasa hati apabila kita melihat perkara seumpama ini berlaku. Adakah nyawa manusia sangat murah sehinggakan sanggup berbunuhan semata2 kerana perkara yang boleh dielakkan. Tapi, disebabkan kerana nafsu semata, hukum agama dan norma masyarakat dah tak kenal lagi.

Apa sebenarnya berlaku? Apakah pelajar di Malaysia ini semakin jahat dan sudah hilang kewarasan diri? Apakah kerana faktor pelajar itu sendiri? Apakah guru juga boleh dipersalahkan? Apakah ibubapa yang tidak pandai menjaga anak? Atau apakah tiada didikan agama sehinggakan perkara seumpama ini boleh berlaku?

Adalah menjadi tanggungjawab semua sebenarnya. Ini adalah kerana pelajar dalam lingkungan umur tersebut merupakan golongan yang sedang mencari identiti mereka. Di manakah orang yang sepatutnya menjadi pembimbing kepada remaja dan apakah mereka tahu tentang kehidupan peribadi anak mereka?

Aku tidak mahu mengulas banyak kerana terlalu banyak perkara untuk dirungkaikan. Namun, pokok utama yang menjadi bahan bukti adalah anak remaja yang terlibat tidak mendapat cukup "makan" dari ibubapa mereka.

Maaf, andai perkara ini terlalu menusuk mereka yang berkaitan. Tapi, fikirkanlah kembali, apakah sebagai ibubapa, mereka mengetahui kemana anak mereka pergi? Bersama siapa anak mereka berkawan? Apa yang anak mereka buat semasa dirumah dan disekolah, lebih-lebih lagi apabila waktu sekolah sudah tamat?? Apakah ibubapa mendoakan anak-anak mereka supaya menjadi anak yang berguna dan anak yang tidak mendatangkan masalah kepada diri, agama, bangsa dan negara? Apakah yang selalu diutarakan atau perkongsian yang berlaku antara anak dan ibubapa? Dan, pernahkah kita menegur dan menasihati anak kita sendiri?

Bukan mahu terlalu lancang untuk berbicara, tapi sekadar memberikan kita input untuk berfikir sejenak tentang tugas dan tanggungjawab terutamanya para ibubapa? Benarlah kata pepatah, untuk melihat perangai anak, lihatlah ibubapanya dulu. Fikir-fikirkanlah.....

Sekadar berkongsi rasa. Takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Hadzrin.

No comments: