Thursday, February 26, 2009

Berita : PPSMI: A. Samad Said sedia hilang gelaran

SubhanAllah.......seorang pejuang bahasa yang berani mempertahankan idea dan prinsip demi masa depan bangsanya sendiri. Namun, aku percaya, bagi pihak yang berkepentingan, mereka tidak akan melihat isu ini sebagai suatu yang boleh didengar atau dipertimbangkan dengan keikhlasan, tapi keegoan dan kepentingan politik lebih diutamakan seperti menegakkan benang yang basah.

Lihatlah isu ini, seorang pejuang yang banyak memperjuangkan bahasa atau agama sering menjadi mangsa kepada kekuasaan politik yang tidak pernah surut demi memastikan kedudukan dan pengaruh mereka terus terpelihara. Percayalah, pejuang bahasa ini akan dihinakan demi kepuasan politik pihak tertentu.

Buat Tuan Haji A. Samad Said, andalah seorang pejuang bahasa yang benar2 berani, bukan kerana cauvinist tapi demi maruah bangsa melayu itu sendiri. Syabas dan semoga berjaya.

Bagi para guru atau bakal guru, betulkanlah niat anda untuk mengajar. Memang mereka2 yang terlibat dengan PPSMI ini akan menerima elaun tambahan, namun percayalah, andai kita tidak mampu untuk melakukan yang terbaik demi anak bangsa kita sendiri, tidak ada keberkatannya dalam rezki kita. Berusahalah dan bertawakallah demi dan kerana Allah.

No comments: