Perancangan hari ni memang aku kene jumpe Pn. Azian untuk ambik beberapa benda yang penting semata untuk program ceramah atau seminar yang aku anjurkan untuk subjek pengurusan koQ hari Rabu nanti. Banyak sangat benda yang kene uruskan almaklumlah cume 4 org main incharge person. So, kenelah berusaha dan buat semua keje2.....
Tapi, aku suke dgn aktiviti2 camni. Takderlah buhsan sangat dok bilik. Terus terang aku cakap dok kat sini aku tak terlibat dengan aktiviti kampus pun. Duduk luar, tak join budak ISMP, ish, aku rase cam takder life plak kat sini. Memang aku tak nafikan yang kengkawan kat sini best. Tapi, memasing ader gak diorng punye life sendiri. Ujung minggu jer balik, kalo tak pun g tempat len. So, aku tak tau nak buat aper. Kalo dulu, ader gak aktiviti kolej yang aku join, sekarang, takder dah. Harapkan aktiviti bersama kawan jerlah. Tu yang aku g penang gak hari sabtu haritu.
Sebenarnya bukan tu yang aku nak citerkan. Tu cumer selingan ajer. Aku nak citer input yang aku dapat mase jumper Pn. Azian. Aku janji g umah dia dalam jam 3.30 ptg kat Kota Malim Prima. Aku sorang2 jer pegi, yang len ader kelas. Malu gak sebenarnya. Aku nak kejap ajer, nak ambik biodata diri, slide present dgn terangkan sikit tentang aturcara majlis.
Tapi, tak sangka plak banyak benda yang Pn. Azian kongsikan. Dari camne pengalaman dia jadik cikgu, mendidik murid2 dengan penuh keikhlasan sehinggakan apa yang dipelajari mmg dia aplikasikan dalam mendidik anak2nya.
Juga pengalaman bagaimana dia pernah membuka perniagaan yang betul2 menguntungkan tapi akhirnya dek kerana sifat dengki dan khianat manusia lain terhadap kejayaan org lain, ape yang diusahakan berakhir begitu sahaja.
Memang betul apa yang dia ceritakan. Tak perlula aku kate orang lain. Keluarga aku sendiri pernah kene dek kerana cemburu orang lain. Tapi tak mengapa, Tuhan tu kan Maha Adil. Setiap apa yang orang buat kat kita, berserahlah kepada Allah dan bertawakallah kerana Allah itu kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Biarlah Allah yang tentukannya. Tapi lihatlah, mereka yang teraniaya sebenarnya semakin berjaya dan hidupnya diberkati Allah. Tapi, bagi mereka yang menganiaya dan menzalimi orang lain, takkan merasa senang dan aman selain hidup mereka tidak diberkati Allah. Dengan itu, bersangka baiklah pada Allah dan berserahlah seluruh jiwa dan raga hanya kepada Allah.
Allahhu Rabbi..........Allah Maha Besar......
Terima kasih Pn. Azian kerana berkongsi pengalaman. insyaAllah aku akan menjadikannya sebagai sebuah motivasi dan pemangkin untuk aku jadi pendidik nanti....InsyaAllah, Amin.
No comments:
Post a Comment