Sekali lagi, malam ini sudah 5 kali aku pergi menyanyi bersama kawan2 di sini. Kononnya untuk mencari ketenangan dan melupakan seketika bebanan tugasan yang dilalui.
Namun, 5 kali jugalah aku tertanya2 sendiri, di mana sebenarnya ketenangan? Apa yang sebenarnya yang aku dapat di sana? Apakah sesuai dengan jiwa aku? Apakah ianya boleh menjadi satu wadah untuk aku melupakan kisah silamku sendiri?
Aku tidak mengerti. Tapi, terus terang aku katakan bahawa aku tidak punya jiwa di sana. Setiap kali aku pergi, aku terlalu resah dan tidak selesa. Aku tidak mampu untuk merasa gembira dan ceria. Hanya ketidak tenteraman yang terus menghambat aku.
Entahlah, mungkin itulah jiwa mereka. Mereka suka dan gembira. Aku tumpang sekali. Tapi, aku tidak merasa kepuasan itu dalam hati aku sendiri. Jiwa aku dan jiwa mereka tidak sama. Berlaku konflik yang sengaja aku sembunyikan.
Kenapa ya ianya berlaku? Apakah disebabkan memang hidup aku terlalu skema? Atau hidup aku gagal merasai satu2 kemanisan? Ataukah, mungkin kerana 'title' yang ada pada aku membuatkan Tuhan memberi perasaan itu?
Cukuplah kali ini, sebolehnya aku ingin jauh dari ke sana lagi. Aku ingin mencari ketenangan yang telah Tuhan janjikan fadhilatnya. InsyaAllah.......
No comments:
Post a Comment