Thursday, March 5, 2009

Diari : Seminar Meningkatkan Tahap Profesionalisme Keguruan Melalui Perubahan Sikap...

Alhamdulillah, segala yang aku rancang sebelum ini berjaya aku laksanakan dengan baik. Namun, kejayaan ini bukanlah kejayaan aku sorang tetapi juga kejayaan bersama ayu, azah dan dila.

Kitaorg berempat telah berhempas pulas untuk melaksanakan program seminar ini. Walaupun pada awalnya, ramai yang tak bersetuju dengan apa yang kitaorg nak buat. Mana tidaknya, banyak benda yang perlu diselesaikan dulu sebelum program ini dapat dilaksanakan. Maklumlah, namanya pun program. Jemput orang luar plak tu.

Baiklah, meh aku citerkan serba sikit kerja2 yang aku dan 3 orang team aku dah buat. Mula2 kitaorg punyer group punyerlah susah nak dapatkan satu program. Kumpulan masing2 dah mulakan perbincangan tinggal kitaorg jer yang terkial2 lagi.

Akhirnya, kitaorg decide nak jemput orang lain untuk memberikan ceramah atau seminar. Antara nama2 yang disebut adalah Dekan Jabatan Fizik UPSI, Kaunselor UPSI, Penyelaras DPLI Fizik UPSI, Dr Suppiah dan Kaunselor Sekolah. Akhirnya, kitaorg putuskan untuk ambil kaunselor samada UPSI atau sekolah.

Kitaorg g jumper kedua2nya dan kemudian decide nak ambil yang mana satu. Terus terang aku cakap yang kaunselor tak semestinya nak menolong! So, apa tugas dia? Sekadar untuk dapatkan gaji? Tak mahu langsung membantu. Apa rasionalnya menolak mentah2 tanpa pertimbangan? Biarkanlah, yang pasti, kitaorg dah putuskan bahawa kitaorg nak amik Pn Azian, kaunselor sekolah SMK Slim untuk buat talk untuk kitaorg. Alhamdulillah, dia betul2 ingin membantu.

Kitaorg jumper pn Azian kat SMK Slim dan bincang sket pasal seminar ni dan tetapkan tarikh adalah pada 4 Mac. Antara tugas lain yang kitaorg buat adalah:-

1) hantar surat jemputan ke sekolah melalui penyelaras kelas pengurusan koQ

2) Tempah dewan sri tanjung melalui pusat harta benda UPSI (betul ke jabatan ni, lupe plak) kat bangunan suluh budiman

3) Tempah LCD projektor dari pusat PTPM, UPSI

4) Mintak tajaan dari pusat PRO kat bangunan canselori UPSI

5) buat pameran

6) balut hadiah dan cederahati

7) tempah makanan untuk jamuan

dan banyak lagu urusan2 kecil yang kitaorg lakukan. Tak lupe gak ngan kertas keje yang kitaorg kene buat. Semua proses ni kebanyakkan melalui Penyelaras koQ.

Pada aku, aku lebih suka buat kerja yang beri input bukan saje pada aku dan group aku, tapi pada orang lain gak yang jadik member2 aku. Terpulanglah pada masing2 untuk menilai apa pun jua. Yang penting, aku dan 3 orang lagi tu seronok dgn apa yang kitaorg buat. Banyak gak benda yang kitaorg belaja.

Secara tak langsung, banyak input yang dikongsikan oleh pn azian sendiri pada aku dan team aku serta kawan2 aku yang len mase hari seminar tu. Aku puas, aku dapat menyumbangkan sesuatu kpd orng lain. Mudah2an input yang diberi dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Aku memang puas hati keje ngan ayu, azah dan dila. Masing2 buat kerja dan tak kisah untuk bantu membantu antara satu sama lain. Aku sangat berbangga dengan diorang. Tanpa diorang juga, program ni takkan berjaya kalo aku sorang jer yang jalankan.

Terima kasih yang utama kepada diri aku sendiri, ayu, azah dan dila sebagai orang kuat untuk menjayakan program ini. Dan trima kasih gak kepada semua ahli kumpulan kelab dan persatuan yang turut membantu. Tanpa kalian jugak, program takkan berjalan macam semalam.

Apapun, aku seronok dan gembira. Alhamdulillah...sekarang ni kene wat report plak.

"Apa yang aku dapat dalam program ni adalah, biar p lah apa orang nak cakap, yang penting, kita dapat jalankan yang terbaik walaupun ianya tak sempurna, tapi, sekurang2nya kita dapat pelajari sesuatu. So, berusahalah untuk buat sesuatu sebelum kita beri penilaian samada kita boleh buat atau tak!"

2 comments:

mala_yusof said...

Bersamalah kita menjadi pendidik yang terbilang...
:)

Sang Merpati Putih said...

InsyaAllah...
mudah2han Allah akan beri kemudahan pd kita untuk menjadi pendidik yang terbilang itu...:))