Mengapa aku sering merindu sehinggakan aku tidak mampu merentasi waktu yang sedang ku lalu. Mengapa aku menjadi perindu pada bayangan yang tidak pernah sudi. Mungkinkah aku ibarat pungguk yang merindu bulan.
Terus terang aku katakan, sebelum aku menjejakkan kaki ke tjg malim ini, aku meninggalkan sedikit kenangan, semangat dan hati aku di tempat lama. Bukan aku berbangga dengan kehidupan lama dan keperibadian diri. Tapi, ia cukup memberikan aku cinta pertama dalam kerjaya hidupku. Banyak juga perkara yang aku ceduk dan aku jadikan ianya ulaman dalam meniti hidupku di kemudian hari. Meninggalkan hati bukanlah mudah, tapi sebuah pengorbanan untuk mereka yang aku sayang.
Namun, rupanya aku telah tersalah dalam meninggalkan sedikit hati dan semangat di sana kerana tiada apa yang bermakna malah ia sekadar menjadi picisan yang dirobek dan ditinggalkan. Hati dan semangat itu terus diterbangkan angin lalu dan tiada yang peduli lagi. Hanya mereka yang menghargai tetap terus merasai kehadiran semangat aku di sana.
Kini, aku ingin menyedut kembali hati dan perasaan yang telah aku tinggalkan di sana. Walau aku tahu terlalu payah dan perit kerana di sana terlalu banyak kenangan yang mengikatnya. Namun, aku harus akur dengan kehidupan ini. Tidak akan aku menjadi hidung tak mancung, pipi tersorong2.
Terima kasih kepada mereka yang masih mengingati aku. Aku menghargainya dan aku akan membalas ingatan itu dengan kejujuran persahabatan. Bagi mereka yang tidak sudi, aku mengerti kesibukan yang berlaku dan aku faham sebuah komitmen! Biarkanlah aku terus sendiri di sini mencari kebahgiaan sendiri tanpa kerinduan pada kisah semalam.

No comments:
Post a Comment