Monday, March 2, 2009

Diari : Jumpa Pn. Azian

Perancangan hari ni memang aku kene jumpe Pn. Azian untuk ambik beberapa benda yang penting semata untuk program ceramah atau seminar yang aku anjurkan untuk subjek pengurusan koQ hari Rabu nanti. Banyak sangat benda yang kene uruskan almaklumlah cume 4 org main incharge person. So, kenelah berusaha dan buat semua keje2.....

Tapi, aku suke dgn aktiviti2 camni. Takderlah buhsan sangat dok bilik. Terus terang aku cakap dok kat sini aku tak terlibat dengan aktiviti kampus pun. Duduk luar, tak join budak ISMP, ish, aku rase cam takder life plak kat sini. Memang aku tak nafikan yang kengkawan kat sini best. Tapi, memasing ader gak diorng punye life sendiri. Ujung minggu jer balik, kalo tak pun g tempat len. So, aku tak tau nak buat aper. Kalo dulu, ader gak aktiviti kolej yang aku join, sekarang, takder dah. Harapkan aktiviti bersama kawan jerlah. Tu yang aku g penang gak hari sabtu haritu.

Sebenarnya bukan tu yang aku nak citerkan. Tu cumer selingan ajer. Aku nak citer input yang aku dapat mase jumper Pn. Azian. Aku janji g umah dia dalam jam 3.30 ptg kat Kota Malim Prima. Aku sorang2 jer pegi, yang len ader kelas. Malu gak sebenarnya. Aku nak kejap ajer, nak ambik biodata diri, slide present dgn terangkan sikit tentang aturcara majlis.

Tapi, tak sangka plak banyak benda yang Pn. Azian kongsikan. Dari camne pengalaman dia jadik cikgu, mendidik murid2 dengan penuh keikhlasan sehinggakan apa yang dipelajari mmg dia aplikasikan dalam mendidik anak2nya.

Juga pengalaman bagaimana dia pernah membuka perniagaan yang betul2 menguntungkan tapi akhirnya dek kerana sifat dengki dan khianat manusia lain terhadap kejayaan org lain, ape yang diusahakan berakhir begitu sahaja.

Memang betul apa yang dia ceritakan. Tak perlula aku kate orang lain. Keluarga aku sendiri pernah kene dek kerana cemburu orang lain. Tapi tak mengapa, Tuhan tu kan Maha Adil. Setiap apa yang orang buat kat kita, berserahlah kepada Allah dan bertawakallah kerana Allah itu kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Biarlah Allah yang tentukannya. Tapi lihatlah, mereka yang teraniaya sebenarnya semakin berjaya dan hidupnya diberkati Allah. Tapi, bagi mereka yang menganiaya dan menzalimi orang lain, takkan merasa senang dan aman selain hidup mereka tidak diberkati Allah. Dengan itu, bersangka baiklah pada Allah dan berserahlah seluruh jiwa dan raga hanya kepada Allah.

Allahhu Rabbi..........Allah Maha Besar......
Terima kasih Pn. Azian kerana berkongsi pengalaman. insyaAllah aku akan menjadikannya sebagai sebuah motivasi dan pemangkin untuk aku jadi pendidik nanti....InsyaAllah, Amin.

Sajer : Gambar mase orientasi UPSI



"Nilah satu2nyer gambar yang ade mase minggu orientasi januari lalu. Boleh nampak muka aku tak??? Aku sorang jer tgk kamera. yang len dok nyanyi...hehehe"

Berita : Keputusan KDN Tepat



"Baru aku tahu yang sebenarnya org bukan Islam dah lame gunakan perkataan Allah dalam buku2 mereka. So, para ilmuwan Islam, duduklah berbincang untuk menentukannya. Tapi, bagi aku, seboleh2nya dielakkan kerana ia akan menyebabkan kekeliruan bagi umat Islam yang sekarang ini pun sudah terkontang kanting dan gersang dalam aqidah.

Apa yang perlu dilakukan adalah, haramkan terus penggunaan Allah dalam agama selain dari Agama Islam kerana mereka kan ada name khusus untuk Tuhan mereka. Contohnya Jesus yang mengamalkan konsep trinity dalam agama mereka.

Sekali lagi aku katekan bahawa perlulah dipantau dan diharamkan terus penggunaannya serta kementerian yang terlibat perlu juga mengharamkan terus penggunaan perkataan Allah dalam bible2 ciptaan org2 kristian.

Kalau dalam Islam, perkataan Allah dalam bahasa Arab tetap digunakan dalam aper2 jua bahasa didunia ni. Tapi, bagi agama kristian, kenapa setiap bahasa mereka gelarkan nama tuhan mereka tidak sama yer??? Apakah mereka sebenarnya tak percaya pada tuhan mereka sendiri? Ehm, mungkin juga.:))"

Sunday, March 1, 2009

Berita : Dilarang Guna Allah


Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi : “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan ‘Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’.

" Apa sebenarnya yang mereka inginkan? Apakah sebenarnya agenda mereka? Apakah ini jalan mereka untuk menyebar luaskan fahaman agama mereka dalam kekebalan institusi keislaman di Malaysia?

Lihatlah betapa lemahnya Islam di Malaysia sehinggakan ada yang berani mencabar tentang kedaulatan Islam itu sendiri. Mengapa mereka ingin menukar nama tuhan mereka kepada perkataan 'Allah' yang jelas sejelas2nya menunjukkan yang Allah itu adalah Tuhan bagi Seluruh umat Islam. Mengapa baru sekarang mereka ingin menukar nama tuhan mereka kepada nama 'Allah'? Mengapa tidak dari dahulu sejak mereka melakukan penyelewengan terhadap agama mereka sendiri? Mengapa baru sekarang? Apakah alasan yang mereka berikan?

Apapun jua alasan, perkara ini telah menyentuh sensitiviti agama Islam. Hormatilah agama lain. Gunakan apa yang telah anda selewengkan. Jangan babitkan penyelewengan itu dengan agama Islam. Kuatlah wahai Islam. Jangan biarkan kita terus2 dihina sebegini!.

" Tiba2 aku terfikir, mengapa agaknya mereka ingin menukar perkataan itu. Mungkin disebabkan, mereka sebenarnya telah tahu bahawa agama mereka bukanlah agama yang sebenar dan telah diselewengkan. Justeru mereka takut dan malu untuk mengaku bahawa agama yang sebenar adalah Islam.

Jadik, mereka yang tahu tentang itu seboleh2nya nak tutup segala rahsia dan dalam masa yang sama mereka ingin hancurkan kefahaman dalam Islam. Sebab tulah jadik perkara camni. Kalo tak, nape tiba2 jer mereka nak ubah sedangkan mereka katakan tuhan mereka adalah jesus yang kononya dipalang?

Tuhan (ALLAH) bagi umat islam tidak ada anak dan tidak pula diperanakkan! Berbeza dengan tuhan agama kristian yang boleh beranak! Justeru, perkataan 'ALLAH' tidak boleh digunakan oleh agama lain yang sudah terang lagi bersuluh, tidak ada kesefahaman yang sama dalam aqidah!"

Diari : 1 Mac 2009

Alhamdulillah...Aku selamat sampai kat Tjg Malim semula.....

Janji dalam kol 9, tapi, kol 9 pun kitaorg tak bgn tido lagi. Almaklumla, tido hotel...hehehe...

Dalam lebih kurang jam 10, kitaorg check out dr hotel dan menuju ke Batu Feringgi. Sib baik ader signboard. Lagipun, tmpt tu kan femes. Ader setengahnyer plak, mula2 aderla signboard, pastu tah hilang ke mana. Silap2 pusing tmpt yang same. Aku ckp ni sbb kitaorg dh kene la malam tu. huhuhu.

Lebih kurang kol 11 pagi, smpilah tmpt yang dituju. Trademark nak carik tmpt berkelah nie ialah Hydro Majestic Hotel. Bukan dalam hotel tu, tapi pantai yang ader kat depan hotel tu. Menarik gak tempat tu. Pantai pun cantik, cuma aku tgk ombak agak kuat. Tapi still OK kalo nak mandi2.

Yang tak bestnyer, kitaorg xsempat pun mandi. Dah tengahhari buta dah. Kalo pagi, mesti sempat mandi. Rugi betul.....

Sampai2 jer geng aku dh tunggu kat tmpt berkelah tu. Tengah makan...hehehe. Yang ade....Nazri (planner), usop, reza, liza, epi, adik epi ngan adik usop. Aku plak bertiga. So, aderla lebey kurang 10 orang. Sekejap jer kat sini. Lepas makan2 sket & amik gambar kat tepian pantai, kitaorg gerak ke Pendang Kedah, rumah Nazri plak. Best gak jenjalan.

Kat sane, kitaorg dijamu ngan masakan mak Nazri. Alhamdulillah, kenyang aku rase. Dengan nasik putih, sambal, timun, ayam masak tomyam kot, ayam masak manis, sayur dan yang paling best iyerlah laksa. Aku dahla hantu laksa. sib baik makan nasik dulu. kalo tak, abis laksa tu aku kerjakan. hehehe...

Dalam lebey kurang kol 5 ptg, aku, din dan duan gerak ke Taiping, umah duan. Sajer jalan2. Ok gak, dpt tgk area taiping. Siap makan lagi.

At last, kitaorg gerak balik dalam jam 9.30mlm dan sampai kat Tjg Malim kol 12.30. Sib baik ader co pilot. kalo tak penat aku driving sorang2.

Aperpun, thanks Nazri dan kengkawan. Mudah2han len kali dpt jumper lagi ek. Bila masing2 dah berkeluarga, lagi payah nak jumper. Aperpun, korang memang best.

Thanks gak kat mak Nazri dan kuarga dia, sedap laksa tu...Len kali aku nak g lagilah, nak makan laksa jer..:)). Thanks gak kat kuarga duan. Sempat gak makan kat saner...

"Sesekali berjalan2 best gak. Dapat suasana baru dan dapat jadikan ianya kenangan walaupun sikit..."

Saturday, February 28, 2009

Diari : 28 Febuari 2009

Aku memulakan perjalanan ke Pulau Pinang pada jam 4.45 petang bersame2 ngan 2 lagi member aku, Din & Duan. Jauh gak perjalanan dari Tjg Malim ke Pulau Pinang nih. lebih dari 300km, hampir 5 jam perjalanan.

Mula2 aku cadang nak naik kerete api jerk. Senang dan mudah. Tapi, bila2 aku pikir2 balik, bila lagi aku nak mencuba jalan2 kat area sini. Mungkin ni adalah yang pertama dan terakhir aku bawak keter kat area sini. Sape tau kan????

Memang perjalanan ni mencabar bagi aku. Dengan tak tau jalan dan main redah ajer, aku ngan 2 lagi member aku main gamble jer....

Ujian dari Tuhan tu datang menguji aku. Sepanjang perjalanan tu, hujan turun adakalanya lebat dan susah nak nampak jalan. Bertambah2 lagi dengan kereta aku tu mane ada aircond. Terpaksalah redah jugak demi berjumpa kawan lama kerana Allah.

Aku sampai kat area Penang ni dalam jam 9.20 malam. Tapi, masing2 gatal nak g pusing2 penang dulu. Dah la malam, jalan pun tak tau, tu yang terpusing2 tuh....At last, kitaorng dh lapar, g la makan kat kedai mamak restoran khaleel sdn bhd, p pekene nasik kandaq. Tapi kan, peliklah, nasiknyer xsedap mane pun, pastu cam nasik biase jer....dah la kitaorng nak abiskan nasik tu terkulat2. Aku tengok din, din tengok duan, duan tengok aku balik. Wakakaka, semuanya tak abis makan. Tak besh langsung...huhuhu...

Kitaorg malas nak kaco nazri ngan abg dia, so kitaorg pun cariklah hotel yang ade. carik punyer carik, dapatla hotel bayview ni. Bilik standard utk 2 org, 170++. Oklah tuh... bagi 3 org. hehehe. Lagipun, member aku ni nak wat assignmnet dia. Ehm, kat sini pun masih pikir assignmnet. Memang komited ngan kerjalah dia nih.hehehe...

Tapi, satu berita yang aku dengar dari member aku yang plan perjumpaan kat Batu Feringgi nih. Lepas sorang2 member yang tarik diri. Mula2 Diyana, pastu Farha, last2 Mala plak ader hal belah pagi tuh.

Aper pun, aku rasa sekarang ni, aku nak hargai apa jua yang datang pada aku dan aku tak mo lagi terlewat menghargai sesuatu. Nyesal nanti.

Tak mengapalah, mudah2han esok pagi, mungkin perjumpaan dalam jam 9 pagi, diredhai Allah hendaknya. Amin.....nantilah aku masukkan gambar kalo ader....InsyaAllah.....

Thursday, February 26, 2009

Diari : Hari Sabtu, 1 Mac 2009

InsyaAllah, hari sabtu ni aku akan ke penang. Bak orang kata berjalan2 dan melawat negeri orang len. Sepanjang aku kat UPSI ni pun boleh katakan takde tempat menarik yang aku pegi.

Perancangan awal, aku akan drive kereta dari Tjg Malim ke Penang. Jauh jugak tu dalam 5 jam perjalanan. Tapi, memandangkan hanya aku sorang yang memandu, aku rasakan cam malas lak nak bawak kereta. Dahlah memandu sorang2, jauh lak tu. Mungkin aku akan pertimbangkan untuk naik kete api.

Ehm ,tengoklah nanti.....

Sebenarnya, group aku buat reunion kat penang. Kat Batu Feringgi. Diorang kata best. Takperlah, aku pon bukan penah sampai kat situ pun. Eloklah tu, jalan2 carik makan...:))

Mudah2han, perjumpaan kami di sana diredhai Allah...Amin....

Nantilah, kalau ada gambar, aku postkan kat sini....

Berita : Album Baru



Ehm, camne lah lagu2 dalam album ni eh??? Penah dengar gak dalam radio era....Tapi, cam biaser2 ajer....ntahlah.....Semoga lagu2 dalam album nih best2....hehehe

Berita : Dengarnya......Mawi nafi ibu tenat


Mudah2han ibu mawi semakin sihat.....InsyaAllah....

Artikel Pilihan : Bacalah.. Bacalah..

Kenape kita tido di masjid, tapi tatkala Khutbah telah tamat kita terus terjaga?
Kenape terlalu susah utk berkata ttg Allah..tapi terlalu senang utk berbicara ttg sex....


Kenape kita terlalu bosan (malas) utk membaca al-Quran..tapi terlalu senang membaca majalah playboy (lucah)??
Mengapa terlalu mudah utk kita memadam mesej berkenaan Islam..kemudian kita menyebarkan (forward) mesej yg nakal (mesej kurg elok)??..

Kenape masjid2 makin kurang jamaahnya, sedangkan bar2 dan kelab2 malam semakin ramai pengunjungnya??
Fikirkanlah ttg nya.. Adakah anda akan sebarkan (forward) mesej ini atau memadamkannya (delete) ?


Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan mu, jika anda cintakan Allah maka semestinya anda akan menghantarkan mesej ini kepada semua yg berada dlm senarai anda...