Sunday, January 18, 2009

Berita : Lagi-lagi isu murid menjawab dalam bahasa Inggeris

Sumber: Blog Utusan Pengarah IPM

Hebohlah dicanangkan ke seluruh pelusuk negara bahawa keputusan peperiksaan PMR 2008 cemerlang.

Dan dilaporkanlah dalam akhbar bahawa pelajar yang menjawab soalan dalam bahasa Inggeris bertambah.

Jumlah murid menjawab sains dalam bahasa Inggeris meningkat daripada 21.5% pada tahun 2007 kepada 51.2% dalam tahun 2008

Jumlah murid menjawab matematik dalam bahasa Inggeris meningkat daripada 4.6% pada tahun 2007 kepada 26.9% pada tahun 2007.

Bagaimana ini berlaku! Hairan.

Hairan kita melihat angka ini. Setelah diajar berrfikir secara kritis di sekolah, tentulah kita mudah sahaja membuat kritikan terhadap angka ini.

Sekiranya ada 51.2% murid menjawab sains dalam bahasa Inggeris, tentulah peratus yang menjawab matematik dalam bahasa Inggeris sama juga bilangannya. Atau jikalau ada perbezaan pun, mungkin sedikit sahaja.

Tetapi yang menjawab matematik dalam bahasa Inggeris hanya 26.9%, pada hal 51.2% sudah pandai menjawab sains dalam bahasa Inggeris. Apa berlaku kepada 24.3% murid-murid yang tiba-tiba menjadi tidak pandai pula menjawab matematik dalam bahasa Inggeris?

Setelah pandai menjawab sains dalam bahasa Inggeris, murid yang sama tidak pandai pula menjawab matematik dalam bahasa Inggeris! Pada hal seharusnya lebih mudah.

Lagi pun, bagaimana Tuan membuat kesimpulan begini? Sekiranya murid hanya dikehendaki menjawab dengan memilih A, B, C atau All the above, mereka belum boleh dikatakan menjawab dalam bahasa Inggeris seperti yang diimplikasikan!. Lihat dahulu detelnya.

Dan juga Tuan menyimpulkan bahawa “jurang perbezaan antara pelajar bandar dengan luar bandar terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains semakin mengecil.”

Berguraukan Tuan? Bagaimana Tuan membuat kesimpulan begini! Apa buktinya!

Maksud Tuan, selepas ini wajarlah ppsmi diteruskan!

Bantahan terhadap ppsmi bukan pun kerana ini semua. Pendidikan lebih berkesan disampaikan dalam bahasa ibunda. Itulah yang menjadi isu.

"Wahai bijak pandai, berdiskusilah dengan waras dan aman. Buatlah satu keputusan yang terbaik demi bangsa melayu generasi akan datang. Percayalah pada kemampuan yang ada"

No comments: