Aku memang merindu, namun aku gagahkan hati untuk tidak menunduk pada kerinduan itu. Aku terlalu takut untuk membenarkan kerinduan itu bertahta di hati sanubari.
Cukuplah kerinduan yang aku simpan selama ini terpendam dan dipendam. Aku letih untuk menghadapinya. Aku tidak kuat lagi untuk merasai getaran rindu itu.
Maafkan aku andai bicara yang tak bertepi ini. Namun, inilah hakikat yang terpaksa aku terima dan redha. Cukuplah pengalaman semalam membuatkan aku serik untuk merindu lagi.
Biarlah aku dengan haluanku. Tiada lagi kelibatku mendekati. Biarlah hati aku terus sayu di sini, di bumi baru yang aku akan tempuhi.
Janjilah kepadaku, jangan biarkan kerinduan itu bertahta lagi kerana perit rasanya bila kerinduan yang terbina putus ditengah jalan. Janjilah kepadaku, jangan biarkan kerinduan itu menangis lagi, kerana pedih rasanya bila kerinduan itu merintih dibahu sendiri. Janjilah kepadaku, jangan biarkan kerinduan itu menguasai hati, kerana sakitnya hati bila kerinduan itu terhiris dilukai.
Walau aku tahu, kerinduan itu payah untuk disingkirkan, tapi aku akur, aku terpaksa membina kekuatan baru demi masa depanku sendiri.
No comments:
Post a Comment