Tuesday, January 20, 2009

Berita : Pemimpin Arab bantu pulih Gaza


SEORANG lelaki meletakkan bendera Palestin di rumah keluarganya yang musnah.
Raja Abdullah umum sumbangan RM3.5b
BANDARAYA KUWAIT: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz semalam mengumumkan sumbangan AS$1 bilion (RM3.5 bilion) bagi pembinaan semula Gaza yang musnah akibat serangan Israel.
"Bagi pihak rakyat Arab Saudi, saya mengisytiharkan sumbangan AS$1 bilion bagi rancangan pembinaan semula Gaza," kata beliau pada pembukaan sesi sidang puncak Arab di Kuwait.

Sementara itu pemimpin Arab yang bermesyuarat untuk kali ketiga dalam tempoh lima hari semalam, dijangka bersetuju menyediakan pakej bantuan berjumlah AS$2 bilion (RM7 bilion) untuk membangun semula Gaza selepas serangan Israel selama tiga minggu.
Minggu lalu, Qatar mencadangkan penubuhan dana untuk Gaza dan menyumbang AS$250 juta (RM875 juta).
Percanggahan pendapat antara negara Arab mengenai bagaimana menangani tindakan Israel di Gaza menjadi isu utama perbincangan dalam sidang puncak itu yang pada awalnya hanya akan memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi.

SEORANG penduduk Palestin melihat rumah yang musnah dan ranap akibat serangan tentera Israel.
Pemimpin akan tetap membincangkan bagaimana menangani kesan kejatuhan harga minyak kepada dunia Arab, kemerosotan ekonomi dan tekanan kredit.
Bagaimanapun mereka juga dijadual menyokong Pihak Berkuasa Palestin dan membincangkan rancangan menyediakan dana berjumlah AS$2 bilion (RM6.6 bilion) bagi membina semula Semenanjung Gaza selepas Israel dan Hamas mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak.
Peserta sidang Kuwait berharap mesyuarat akan merapatkan jurang perbezaan pendapat yang dihadapi dalam mesyuarat di Doha, apabila Qatar dan Mauritania membekukan hubungan dengan Israel dan Syria, sekali gus memusnahkan usaha rundingan damai tidak langsung mengenai Gaza. – AFP/Reuters
" Apakah setelah Palestin hancur musnah, barulah bantuan diberikan? Apakah memadai dengan bantuan kewangan yang disedekahkan hasil dari kekayaan bumi Arab yang setiap tahun didatangi oleh muslimin2 yang mengerjakan fardhu haji serta kekayaan minyak yang ada? Mengapa tidak diturunkan bala tentera Arab Saudi untuk membantu menghalang kekejaman Kafir Yahudi?
Apakah mereka tidak berfikir untuk bersatu? Apakah yang sebenarnya sedang mereka permainkan? Apakah pemimpin2 Arab tidak boleh menjadi wira bagi umat Islam? Apakah Bumi Penjaga2 Tanah Haram itu ketandusan rasa simpati sehinggakan mereka membiarkan sahaja Bumi dan Saudara Seislam di Palestin dimusnahkan dihadapan mata mereka? Atau mereka memanglah boneka Yahudi dan Amerika yang diberikan kuasa untuk sekadar memandang sehinggakan tidak ada rasa peri kemanusiaan langsung di hati mereka?
Pemimpin Arab memang zalim. Sehingga mereka sanggup menutup pintu bagi penduduk palestin keluar untuk menyelamatkan diri. Pemimpin Arab memang zalim. Sehingga mereka tidak ada sedikit pun rasa simpati untuk membantu penduduk palestin. Pemimpin Arab memang zalim. Sehinggakan sanggup diperkudakan oleh Amerika dan Yahudi.
Ya Allah Ya Tuhan, aku pohon kepadaMu, hancur musnahkanlah Bangsa Yahudi dan berikan mereka penderitaan yang setimpal dengan kekejaman yang telah mereka lakukan. Ya Allah Ya tuhan, aku pohon kepadaMu, berikanlah hukuman dan balasan yang setimpal juga kepada pemimpin2 Islam yang Dayus sehingga membenarkan mereka dipergunakan, diperkotak katikkan dan dijadikan kambing hitam demi untuk memusnahkan KERAJAAN HAMAS yang dipilih oleh rakyat Palestin sendiri untuk mewakili mereka.
Ya Allah, aku yakin kerajaan yang menjaga Tanah Haram Mu, Mekah Al-Mukarramah bukanlah penjaga yang sebenar. Aku pohon kepadaMu agar kembalikanlah penjagaan Hak memelihara Mekah Al-Mukarramah kepada keturunan dan orang yang lebih berhak serta beriman dan bertakwa kepadaMu.
Buktikanlah kepada dunia wahai Penjaga Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah, kamu adalah JUJUR DAN IKHLAS kerana ALLAH!"

No comments: