Sunday, January 18, 2009

Diari : Majlis Perpisahan Aku & Kawan2 Kat Damai Village......

Dah lama sebenarnya aku nak masukkan gambar2 nih, tapi tak sempat....Sbb aku buat menurut jujukan yang berlaku dulu. So, majlis ni adalah perpisahan terakhir antara aku dgn kwn2.....Huhu sedeynyer bile tgk gambar2 nih.....

Majlis ni dibuat kat Damai Village. Semua member ITS yang rapat2 ada...kecuali Hafiz. Sorry yer Hafiz, aku tau mgkn ko takkan bace, tapi aku nak mintak maaf byk2 sbb tak dpt jumpe sblm aku benti.....Smoga berjaya....Tuan Haji Hafiz...:))

Mase mula2 makan, nasik ngan lauk masih penuh lagik.....peace...:))

Haaa...sekejap ajer dh licin....wakakaka

Ini dia (dari kiri) Jufri, Hazman, aku, Dani, Azrul dan Rauf........

Aku dikelilingi aweks2......hui, tu sumer dh de orng punyer, de yang dh kwen lagi...wakakaka

Huuuuuu...sedeynyer aku nak benti....(tgh kesat air mater)...hehehe

Ni sumer yang g makan2 malam tuh......Semuanya tinggal kenangan....

Kenangan terkahir.....

Wakakaka....ni hadiah dari Azrul ngan Dani...
Tempat letak air mineral berwajahkan gajah yang comel....hehehe
Thank you....

"Setiap pertemuan mungkin melahirkan keceriaan dan kegembiraan. Namun, setiap pertemuan itu juga bakal menjelmakan perpisahan. Sebuah perpisahan adalah keperitan yang sukar digambarkan. Namun, hakikat kehidupan perlu diteruskan. Kita tak mampu untuk menafikannya kerana kita hanya insan yang kerdil lagi hina.Semuanya Telah ditakdirkan Tuhan.

Aku sempat menjadi warga PCM 2 tahun dan aku sempat mengenali kawan2 aku semua. Terus terang aku katakan, perpisahan ini adalah perpisahan yang sukar aku terima. Namun, demi tuntutan masa depan, aku akur dan redha. Terima kasih kawan2 kerana kalian adalah pembuka keceriaan dalam hidup aku dikala aku memerlukan keceriaan itu.

Namun, aku tetap ralat dengan ketiadaan seorang lagi kwn, Hafiz, yang belum lagi pulang dari Mekah. Apapun, aku harap dia takkan pernah ralat dan mudah2han dia berjaya dalam apa jua yang dia lalui. Cuma, terima kasih aku ucapkan kerana dia juga sangat banyak menyedarkan aku makna hakikat!


Kini, aku sudah melangkah ke alam baru. Sedar atau tidak, perpisahan ini mungkin menjarakkan hubungan antara kita semua. Namun, percayalah.....selagi kalian tetap mengingati aku, InsyaAllah, aku akan tetap mengingati kalian sebagai 'part of my best history'.

Semoga persahabatan ini tidak akan pernah terpadam. Thank you very much from deep of my heart."

No comments: